May 23, 2010

KeBaHaGiAaN DaLaM PeRpIsAhAn

Lirik lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugurjavascript:void(0)

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)


Terima Kasih Sudi Singgah

May 18, 2010

AWAS ! Lelaki luah perasaan tanpa kata-kata !!!

Anda mungkin antara wanita bertuah. Cantik, berjaya dan hidup mewah kerana memiliki kerjaya hebat. Kalau sudah berkeluarga, anda bagaikan menghampiri kesempurnaan kerana dianugerahi suami penyayang serta dilimpahi kemewahan. Ringkasnya, apa lagi yang anda dambakan dalam hidup kerana semuanya sudah dimiliki.

Percaya atau tidak, jika pada zahirnya anda kelihatan sempurna, hakikatnya dalam hubungan bersama suami, masih banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki.

Hubungan dengan suami ada ketikanya melalui fasa agak sukar kerana berlaku salah faham, kurang prihatin atau silap tanggapan terhadap sesuatu perkara.

Ia mungkin nampak kecil hanya disebabkan wanita kurang memahami suami atau teman lelaki atau mungkin, suami i yang tidak faham naluri dan kehendak wanita.

Dalam hal ini, ada sesuatu harus dipelajari kedua-duanya untuk mencapai persefahaman. Panduan berikut mungkin boleh digunakan untuk lebih memahami pasangan:

1) Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan.

Wanita cerewet memilih gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati, sedangkan lelaki anggap soal makan agak mudah, boleh makan di mana saja.

2) Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak memikirkan perkara penting.

3) Wanita suka diberi perhatian dan ada kalanya manja tidak bertempat. Sikap ini menyebabkan mereka 'syok sendiri' dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka mungkin merajuk.

4) Ada wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5) Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati. Wanita harus terima hakikat itu.

6) Ada wanita suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, menyebabkan lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7) Ada wanita terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah 'mengata dan mengutuk' jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8) Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9) Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising, tetapi tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada anak dan isteri.

10) Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal. Jika isteri atau teman wanita melakukan 'kawalan' kepada lelaki, dia akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11) Adakalanya wanita kurang bijak menunjukkan kasih sayang kepada suami, tetapi hanya mengharapkan suami memberi kasih sayang.

12) Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi ada pula wanita yang suka bergantung harap sangat kepada suami dengan tujuan suami sentiasa berada di sisi mereka. Ini mungkin tidak digemari suami atau teman lelaki.

13) Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka serta mengubah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan.

Jika masih muda elok juga merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, elakkan perbuatan itu kerana ia tidak memberi faedah.

14) Sesetengah wanita suka bertanya itu dan ini kepada suami atau teman lelaki, tetapi tidak suka kepada jawapan diberikan mereka. Ini membuatkan suami atau teman lelaki bosan melayan soalan wanita.

15) Wanita tidak perlu menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka. Kelebihan itu mungkin memperbodohkan lelaki sehingga mereka tidak berminat melayan kerenah wanita sedemikian.


Terima Kasih Sudi Singgah

May 7, 2010

SeLaMaT HaRI iBu

Maaf kalau thread ni keluar terlalu awal atau dah ada...

Jom kawan2 semua...kita beri ucapan kepada bonda tersayang...kita luahkan perasaan terpendam kepada ibu2 kita...Sempena hari ibu yang akan datang ni...gembira, sedih atau bersalah...marilah kita luahkan, bukan selalu saat ini hadir...luahkan apa saja yang terpendam kasih sayang yang amat dalam tersimpan dilubuk hati yang amat sukar muntuk dipamerkan, hanya sekadar peluk dan cium pabila sekali sekala bertemu sejak aku telah mendirikan rumahtangga ...

Siapakah ibu itu...Ibu itu yang telah mengendong kita didalam rahimnya selama 9 bulan tanpa mengeluh tanpa mengenal erti lelah...aku mengerti betapa peritnya saat itu kerana aku juga kini seorang ibu..ibu itu yang mengasuh kita dan menyayangi kita lebih dari nyawanya sendiri...ibu yang menjaga anak2nya dari tapak kaki selebar dua ibu jari hingga anda pandai menapak dimuka bumi ini sendiri...kasihnya ibu tiada terperi...maka kita sebagai anak2 wajiblah menghargainya...bukankah syurga itu dibawah telapak kaki ibu...berbaktilah selagi hayat mereka masih ada...berilah sedikit perhatian kepadanya selagi hayatnya masih ada.....

Padamu ibu moga kau tahu anakmu ini amat menyayangi mu sepenuh jiwa dan raga...relaku korbankan nyawa ini hanya untukmu seperti mana aku tau ibu juga sanggup berkorban lebih dari itu untuk aku...Moga kau berbahagia dalam melewati kehidupanmu...anakmu ini akan tetap mendoakan kesejahteraan dan kesihatanmu selalu bersamamu....Insya Allah..

Selamat Hari Ibu Bondaku...moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...amin..


Kasihnya ibu...
Membawa Ke Syurga...
Kasihnya Ayah berkorban nyawa...


Terima Kasih Sudi Singgah