October 30, 2010

HaNyA PaDa-NyA


Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yg


hendak dibuat,ingatlah..
kita masih boleh bersandar kpd Dia Yang Maha Mengasihi

Apabila hidup dselubungi kegelapan,semuanya silap ,
carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,
ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu,
jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya..

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi,
carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa
Apabila hidup ini dirasakn seperti beban, segala-galanya goyah,
bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya..

Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu,
carilah jalan lurus itu dari Dia,yang menjadi satu-satunya panduan hidup


Terima Kasih Sudi Singgah