March 10, 2011

SeBaGaI pEnGaJaRaN dAn PeDoMaN...

AyaHaNdA TeRcInTa.....
Salam kepada semua,

System kat ofis aku down - 2.30am and aku still kat ofis. Sementara tunggu system up balik, aku nak share something interesting happened to me last nite kat ofis.

Semalam, aku stay back macam biasa utk habiskan keje. Tgh duk lepak-lepak benti rehat sekejap, datang sorang pak gad nih. Indian age dalam 50+ tapi still kuat coz dia dulu secret service utk kerajaan Sarawak. Bodyguard aa kira. Dia pon maybe tgh boring coz kitorg dorang je yg ada kat floor nih. Dia dtg borak - and aku layan la macam biasa. Then suddenly dia tanya gaji aku. (uikss.. apsal lak nih?) Then aku cakap la, adala sikit-sikit lepas utk diri sendri and family. (takut gak dia nak pow ke or mintak duit ker...) Then dia tanya, ada bagi kat mak aku dak.. aku kata la ada... bapak? (aku diam kejap coz aku mmg tak kasik kat bapak aku - aku only kasik kat mak aku and assuming dia sbg finance minister akan distribute la duit-duit tu ke mana-mana channel yg sepatutnya). Then dia tanya lagik. Aku pon slowwwwwwww jer jawab... tak. Dia pon cakap kenapa tak and aku pon explain la why. Then dia cerita, "u tau ka, bila u kasik sama u punya bapak, dia punya rasa lain u tau ka... Saya sbg bapak aaa, bila anak kasik saya wang aaaa, saya rasa satu macam punya lain." aku pon dengar jer la... then mata dia berair... Dia kata bila anak dia kasik duit dekat dia, "I felt like im flying in the sky!" Masa dia cerita tu, siap dia cakap "sekarang saya cerita pon aaaa, bulu roma saya sudah naik, rasa satu macam laaa..." Aku pon teros tingat kat bapak aku. Tho dia masih ada and still makan duit pencen, aku terpikir yg aku tak penah kasik duit direk kat dia. Dan tiba-tiba aku pon sebak rasa macam nak nangis bila teringat kat bapak aku. Dulu masa dia kerja, dia selalu kasik duit kat aku masa aku belajar. Skang aku dah keje dan dia tak, kenapa laaaa aku tak hulur sikit kat dia. Aku rasa yg aku dah bagi kat family cukup - tapi tidak! Gad tu tgk kat mata aku and cakap "u kasik u punya mak, lain cerita. tapi kalau u kasik u punya bapak wang aaa.. dia misti rasa happy. Saya mula dapat wang dari anak aaa, walaupun saya ada gaji aaa.. saya nangis. Nangis gembira u tau! Itu malam saya tableh tido. U ada wang, u kasik la sama u punya bapak direk. Nanti u tgk apa dia rasa. Tada-tada wang, 50 suda cukup."

Malam tu aku sedih, dan gembira. Sedih sbb tingat kan kesilapan aku dan gembira sbb aku dapat dua pengajaran dekat sinih. Yg pertama, walau siapa pon kita, dengarlah nasihat org-org di "bawah" kita. Kadang-kala, nasihat itu menjadi suatu yang amat berguna. Dan yang kedua, sayangilah bapa anda. Hulurkanlah sedikit wang hasil penat lelah kita itu. Tak dapat banyak, sedikit pon tidak mengapa.

Kepada yang masih mempunyai bapa, sayangilah mereka sepenohnya. Peluk erat dan berikan satu senyuman istimewa buatnya. Kepada yang tiada, hadiahkanlah bacaan al-fatihah serta panjatkanlah doa semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para mukminin.

 
Mutiara Kata :: Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan. 

 AyaH....

Ayah adalah orang yang pertama memperdengarkan azan & iqomat padaku
Ayah adalah imamku
Ayah adalah orang yang rela bekerja keras  untuk kehidupanku
Ayah adalah pejuangku
Ayah adalah orang yang pertama maju untuk melindungiku
Ayah adalah pahlawanku

Saat ini aku rindu pada Ayah
Ingin berada di sisinya sambil mendengar ceritanya
Saat ini aku rindu pada Ayah
Ingin berada di sisinya sambil bersenda gurau dengannya

Ayah, maafkan aku yang mungkin sering membuat hatimu terluka karena
ucapan atau tingkah lakuku
Ayah, maafkan aku yang selalu hadir di pikiranmu, karena Ayah selalu
khawatir dan selalu memikirkan kami anak-anakmu

Ayah, terima kasih atas perhatian yang selalu kau curahkan padaku dari lahir
sampai saat ini
Ayah, terima kasih atas dekapan erat yang kau berikan pada saat aku sedih,
takut dan sakit

Ya Allah, ku mohon limpahkan kasih sayang pada Ayahku sebagaimana Ayah
menyayangi aku sedari kecil


Terima Kasih Sudi Singgah

March 8, 2011

Rindu Pada Yang Tak Sudi - Slash


Terima Kasih Sudi Singgah

March 7, 2011

Bingkisan Doa...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.....

ya Allah
Berikanlah kepadaku kekuatan
dalam menempuh jalanMu

Berikanlah kepadaku hidayahMu
dalam mencari diriku
Berikanlah kepadaku cahayaMu
dalam menuju jalanMu yang terang

Berikanlah kepadaku hamba-hambaMu yang soleh dan solehah
dalam membimbingku kepada kebenaran
Berikanlah kepadaku rezeki
dalam membolehkan aku bersyukur dan redha tanpa meminta pertolongan makhlukMu di langit dan dibumi

Berikanlah kepadaku ketenangan
dalam membolehkan aku terus bahagia di muka bumiMu ini
Berikanlah kepadaku bantuan
dalam mengalahkan musuh2Mu dan musuh2ku yang ingin menjahanamkan aku dari jalanMu dan membuatkan Mu murka

Berikanlah kepadaku kasihMu
dalam menjadikan aku hambaMu yang soleh & solehah
Berikanlah aku rasa takut kepadaMu
dalam membolehkan aku takut untuk melakukan kemungkaran kepadaMu

Berikanlah kepadaku jiwa dan hati yang baru
dalam mengantikan hati dan jiwaku yang telah rosak dan mati
Berikanlah kepadaku rasa berani kepada hamba2Mu
bagi membolehkan aku tidak gentar bila berhadapan dengan mereka

Berikanlah kepadaku sifat mahmudah dan buangkanlah sifat mazmumah
dalam membersihkan jiwa dan batinku
Berikanlah kepadaku kasih isteri/suamiku
dalam membahagiakan hidupku

ya Allah
Dengarlah rintihan hambamu ini
kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Penyayang

Tiada apa yang aku pinta melainkan ini
kerana sesungguhnya aku terlalu jauh dariMu dan aku kehilangan cahayaMu
Tunjukilah aku jalanMu yang lurus
bersihkanlah hatiku

Hanya Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Bantulah aku dan berikan aku cahaya istiqamah
agar mampu untuk aku teruskan kehidupan ini dengan aman dan bahagia
sehingga aku kembali kepadaMu
di satu saat yang aku sendiri tidak tahu

Amin..Amin..Ya Rabbal Alamin...


Terima Kasih Sudi Singgah

March 1, 2011

Saleem-Takdir Penentu Segala



Berat rasa kakiku melangkah pergi
Menujui ke destinasi tak pasti
Andai kata ada harapan untukku
Berikan ku tanda agar jalanku lebih bererti

Kau kucinta dari seluruh ragaku
Melebihi segala di dunia ini
Namun harapan masih tinggal harapan
Dilema menanti lebih menyiksa dari segala

Sesungguhnya...
Takdir penentu segala
Bahagia yang dicita
Hanya sedetik jaraknya

Namun masih... tak tersentuh kau jua
Kabur jua pandangan
Kekasihku... berapakah lamanya
Ketabahanku mungkin akan pu
dar


Terima Kasih Sudi Singgah

RiNdU MeNcEnGkAm JiWa....

Entah kenapa…
Tiada ribut melanda, tiada pula angin menerpa…
Tapi secara tiba-tiba…
Hati ini diserang rindu yang mencengkam jiwa…
Rindu yang amat sangat, sukar kuungkap dengan kata-kata…
Apakah ini tandanya cinta...

"Tanpa nafas cintamu, hidup ini bagai tiada jiwa"
Kau tahu…
Rindu ini, lepaskanku dari beban.
Tak bertemu, sayangku dan risauku makin menjadi.
Mimpikanmu, lupakanmu suatu kesakitan.
Hidup tanpamu, rasaku beku.
IsI hati ini…
Kulihat, hatimu hiasi hariku.
Mengertiku, terbaikmu membahagiakanku.
Bersamamu, wujudkan suatu sinar dalam mimpi.
Menganggapmu, terbaikku suatu kesilapan diri
.
Jika sayang ini…

Berakhir, bayangkan terputus nyawa inii.
Menyakiti, terlupakan indahnya bersamaan.
Kurelakan, lepaskan ikatan kita dengan hati parah.
Bahagiamu, mengalahku walau perit terasa.

Demi...

keabadian cintamu pada 'dia' yang menagih kasihmu jua...
tak daya lagi untuk ku menahan hati disakiti...
oleh...rindu...

Pada rindu ini...
izinkan ia berlalu...
bersama memori yang tercipta....

Moga Kenanglah daku dalam doamu...


Terima Kasih Sudi Singgah