October 19, 2012

Drama Korea GHOST

Ghost-Korean-Drama


Terima Kasih Sudi Singgah

Drama Korea-CAIN AND ABEL

Cain-and-Abel - Korean Drama


Terima Kasih Sudi Singgah

LaMa MeNyEpI

lama aku tak update aku nyer blog...sampai kata laluan pun dh lupa...nasib baik dapat bkk lagi..next time ada masa terluang aku masukkan ent3 terkini..sekarang masih sibuk lagi..

see you againt...

bye..


Terima Kasih Sudi Singgah

April 18, 2012

Muhammad LuthFan


Muhammad Luthfan dah semakin bsar...


Terima Kasih Sudi Singgah

Breast Feeding

Malu ler lahai nak tunjuk kat korg sebenarnya ni... Sebab tak byk mana pun. Tp,improve skit la, dari anak yg pertama dulu. (sbnrnya leh buat byk dari ini. Tp,aku agak malasla kebelakangan ni.Botol byk2 derma dr officemate aku yang baik hati sbb dia mmg byk stock botol susu yg x pakai...so aku tinggal beli sealing dics jek dr E-MUM Shop...

stok susu yang x seberapa pun
 
sealing dics jek dr E-MUM Shop 

Hari ni plak breast feeding bottle yang aku order dah sampai...emmm..seronok nyer...semangat nk buat stok makin berkobar...bkn apa guna botol ni nampak simpanan lg cantik dan menarik...ini antara stok aku yang br nk mula buat stok


Terima Kasih Sudi Singgah

April 3, 2012

Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya.




Bercakap fasal doa,
 
saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.
  

Cerita yang saya dengar itu begini:
 
Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
 
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
 
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
 
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
 
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
 
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
 
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:
 
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
 
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
 
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
 
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
 
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
 
Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
 
MasyaALLAH…
 
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
 
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
 
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
 
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
 
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
 
"Doa aku makbul seh!"
 
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
 
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
 
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
 
Cerita itu sangat menyentuh hati saya.
 
Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.
 
Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
 
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.
 
Semoga bermanfaat note ini.
 
Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
 
Semoga Allah redha dengan kita.
 AMIN….


Terima Kasih Sudi Singgah

March 2, 2012

COKLAT MINDA Jenama HIJRAH

Harga pasaran: RM49.00
Hubungi : 012-6323989


Cara Penggunaan:
Untuk dewasa dan kanak-kanak 2 biji sekali makan. 

COKLAT MINDA
 jenama Hijrah adalah satu produk pemakanan yang unik dan berinovasi. Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai khasiat semulajadi, halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pemakanan. Sangat berkhasiat serta memenuhi keperluan diet seorang pelajar. Dalam bentuk tablet, mempunyai rasa yang enak/sedap, senang dibawa kemana-mana, pengambilan (kunyah ianya lembut) dan penyimpanan yang mudah.
 
Coklat Minda mampu bertindak sebagai pemuliharaan EQ dari aspek:
 
  • Khasiat pemangkin (catalyst) yang berupaya mempertingkatkan daya penguasaan kebijaksanaan perasaan.
  • Khasiat perangsang (stimulator) yang boleh menambah keupayaan penggunaan kedua-dua kemahiran perasaan (mental) dan kemahiran lahiriah (jasmani) secara semulajadi di dalam diri pelajar itu sendiri.
  • Khasiat penjana (energizer) yang mampu membekalkan tenaga secara semulajadi untuk proses pembelajaran yang memerlukan tahap tumpuan yang tinggi secara istiqamah dengan keupayaan mengawal perasaan dan minda dengan bijaksana tanpa perhatian dan kawalan berlebihan oleh pihak lain.
  • Membekalkan sumber pemakanan yang lengkap dan seimbang dengan khasiat yang amat diperlukan oleh tubuh, khususnya untuk keperluan organ otak bagi menjana emosi yang stabil serta minda yang cerdas dan cergas.
Khasiat Dan Kebaikan
  • Meningkat dan Menguatkan
    Anda seorang pelajar dan sentiasa memerlukan daya konsentrasi yang baik, tetapi anda cepat lupa maklumat yang telah dibaca atau tidak fokus apa yang  diajar oleh guru.
  • Mengatasi rasa gugup
    Anda juga mengalami fobia dan sentiasa di dalam tekanan. Semasa peperiksaan anda sering rasa gugup, masih berdebar-debar dan ‘blank’ walaupun telah membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan.
  • Memulihkan
    Fikiran terasa begitu lembab/kosong, kurang daya kreativiti dan berfikiran negatif, tidak ceria (pemarah/pemalu/rendah diri) kerana kurang berinteraksi.
  • Mengekang 
    Rasa ‘give up’ walaupun perkara yang mudah, senang tetapi terasa begitu susah dan cepat mengaku kalah
Impak Awal Semasa Pengambilan Produk
  • Fikiran terasa segar dan mampu berfikir  dengan lebih tenang.
  • Mudah mengimbas kembali maklumat yang dibaca.
  • Keupayaan belajar akan lebih bertenaga, mampu mengekalkan konsentrasi untuk jangka waktu yang lebih lama.
  • Pemulihan ‘mood’ kepada lebih ceria dan positif. Rasa lebih bersemangat dan yakin boleh.


Terima Kasih Sudi Singgah

January 18, 2012

Muhammad Luthfan Lahir

Tanggal 16 November 2011,aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.65kg,pada pkul 01.30pm.syukur alhamdulillah semuanya selamat dan akhirnya lahirlah seorang bayi lelaki yg ku beri nama Muhammad Luthfan Bin Muhammad Ashraff..semoga anakku menjadi seorang anak yg soleh..



Anakku..kau kukandung selama 9 bulan,kubawa ke mana-mana,bahkan saat kerja pun kau selalu temani ibumu ini..saat ibu susah,senang,menagis,tertawa..betapa bahagianya ketika kau lahir,kuberikan kau yang terbaik yang ibu bisa..bukan harta kekayaan tetapi Cinta yang tulus..selalu sehat ya Nak,semoga ibumu ini bisa merawatmu dengan segenap jiwa dan raga agar kelak kau dapat menikmati hidup ini penuh dengan kesyukuran dan ketaatan pada Tuhan..   













Anakku,…
hadirmu anugerah tuhan maha agung..
Ibu akan berkorban segalanya untuk mu sayang...

Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar karena mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu…
Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah


Sembilan bulan … engkau hidup di perut ibu

Engkau ikut kemanapun ibu pergi

Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan...




Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar, atau ibu harus berjuang melahirkanmu

Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu

Karena menunggu dari jam ke jam, menit ke menit kelahiranmu

Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu surga

Karena kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit derita hilang melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan abah mengumandangkan adzan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telingamu

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam peluk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan


Engkaulah belahan nyawa ibu…


Terima Kasih Sudi Singgah