February 27, 2014

8 Keajaiban Solat Tahajud yang umat Islam tak tahu..!


5424_10151811910656612_1108277778_n

Solat Tahajud

Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 8 Keajaiban Solat Tahajud.Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’). Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam.Pesanan Dari Imam Nawawi:
“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”

Keajaiban Solat Tahajud

Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.  Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :
 
 1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).
2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu,  mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)
3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)
4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)
5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)
6. Penghapus dosa 
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub,penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)
7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”
8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)
Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita didunia dan di akhirat.
Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.


Terima Kasih Sudi Singgah

February 16, 2014

KISAH YANG MENYAYAT HATI


SEDIHNYA……. 
  

Kalau nak kira mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga, tak de nilai yg 
boleh disamakan dengannya.  aku cukup rapat ngan mak aku, dia lah yang tahu dan 
ambil tahu kehendak anak-anaknya.  cukup memahami... abah aku orangnya agak garang 
masa kami kecik-kecik dulu, pernah kami kena pelangkung dengan dia sebab lambat 
mandi pagi nak p sekolah.  sejak hari tu aku dah kurang sket ngan abah.  apa-apa 
masalah aku ngadu ngan mak.  mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong 
buat keja sekolah.  mintak duit belanja.  kena buli ngan kawan, semuanya mak.  
 
ngan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.  abah pepagi 
lepas hantar kitorang p sekolh dia p ladang, tengah hari atau petang baru balik.  
 
abah akan rehat kekadang tidur kat pangkin bawah pokok moktan tepi umah.  macam tu 
la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak 
mulut memang kena.  masa tu kekadang aku rasa ngapa la aku ada abah, kalau ada mak 
je kan bagus.  tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami 
dulu org susah abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa.  
 
untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak 
ngan kuih tepung bungkus.  pkul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasik.  pepagi lepas 
hantar kitorang p skolah abah singgah letak nasik lemak ngan tepung bungkus kat 
kedai makan tepi sekolah.  masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen kuih 
tepung bungkus 15 sen.  kekadang tu aku bawak gak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat
kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu.  aku dpat duk ngan mak sampai 
tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokesional temerloh.  tapi tetiap minggu balik 
kampung, sebab nak makan masakan mak, keras tengkuk aku duk makan nasik kawah, 
ikan jeket ngan sawi balak kat asrama.  petang jumaat balik kampung sampai umah 
terus cari nasik.  mak setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan plaklin 
(ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh ngan kacang botol, sambal belacan lada 
besar.  tu je favored aku, ada set tu... mamang makan tak ingat punya.  kekadang 
tu mak masak kari ayam cair.  kalau kena yg tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik. 
duk asrama 2 taun lepas spm aku kerja sementara kat tekam resort, nama je resort 
sebenarnya aku kerja dalam ladang gak banci pokok.  gaji rm400.  tu la pendapatan 
pertama hasil titik peluh aku sendiri.  hari ambik gaji tu seronok bukan main 
macam-macam dah plan nak beli barang.  benda yang paling aku teringan masa tu, 
pancing guna mesin.  dapat duit terus p pekan beli, ingat lagi... harga pancing 
tu rm75 satu set.

balik rumah petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit 
pertama aku kat mak, bayar balik duit minyak moto yang aku mintak kat dia tetiap 
ari p kerja.  menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu.  aku ingat 
lagi masa tu dia kata "ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak ma, 
alhamdullillah dapat dah ma merasa duit anak-anak".  aku kerja tak lama, aku dapat 
surat tawaran p uitm (masa tu masih ITM) shah alam jurusan elektrik panggilan 
pertama.  masa tu aku baru balik keja, siap mandi, pastu makan.  mak masak sedap 
tengah hari tu.  tengah makan mak cakap "haa.... makan puas-puas, nanti lambat 
pulak dapat makan macam ni", aku tanya ngapa.  mak kata ada surat kat depan.  dan 
dan aku p ambik baca.  melompat aku masa tu.  aku tunjuk kat mak.  dia kata dia 
dah baca tadi.  berair mata mak masa tu, kata dia... lepas dah anak ma 2 orang, 
tinggal 2 lagi tu tak tau macam mana.  perbelanjaan aku masuk itm masa tu abg 
sulung aku tanggung.  masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ.
masa aku part 4, mak bersalin adik perempuan.  kelahiran paling gembira bagi 
keluarga kami.  sebab sebelum ni kami 4 beradik lalaki.  abah la orang paling 
gembira dah lama dia nak anak perempuan.  adik perempuan ni jugak telah buat 
perubahan pada diri abah.  abah dah tak macam dulu.  sesekali aku balik.. abah, 
aku tengok abah yang mengasuh adik lebih dari mak.  syukur pda tuhan harap adik 
tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.  setahun lepas adik lahir mak sakit.  
 
tapi tak de la teruk sangat, cuma p klinik je.  lepas sebulan lebih sakit mak tak 
sembuh.  abah bawak pegi pada pakar kat hospital mentakab.  diarang ambik semple 
darah.  lepas seminggu diorang panggil p hospital semula, dah dapat keputusan.  
 
ya Allah, mak disahkan kena barah payu dara.  doktor kata, untuk selamat mak kena 
operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan.  bermula dari hari tu kami 
sekeluarga tak senang duduk terutama abah.  merata dia cari tempat untuk berubat, 
sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate. 

mak tetiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risaukan adik 
perempuan yg masih kecik, apa nasib adik bila dia tak de nanti.  aku cukup tak 
tahan bila setiap kali mak tinggal pesan.  "mie... nak bancuh susu adik bubuh susu 
2 sudu je.  mie.... kain batik ma ada 3 lai yang baru dalam almari, nanti orang 
datang bukak ambik".  air mata memang tak leh tahan.  sampai masa mak terpaksa 
operate jugak.  doktor kate kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru.  masa tu aku 
ambik cuti seminggu dengan dekan.  balik kampung kena jaga adik.  lepas operate 
mak dah mula jadi lemah kesian sangat aku tengok doktor nak buat kemo, tapi tak 
boleh sebab badan mak trlampau lemah.  lepas 2 minggu mak kat spital.  dia dah 
beransur baik.  abah bawak balik.  mak rihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan 
masih berpantang.  mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa.  tapi 
tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu mak pengsan tiba-tiba.  abah bawak p 
hospital jengka.

bermula hari tu... keadaan mak makin hari, makin teruk.  seminggu mak kat spital. 
kemudian doktor bagi balik, keadaan mak elok sket, tapi mak dah tak boleh berjalan 
masa tu.  kena guna kerusi roda.  2 hari je mak sempat duk umah, pas tu abah 
terpaksa bawak mak p hospital semula, sebab keadaan mak terlalu lemah, mata tak 
bleh bukak, dah tak bleh bercakap, mak tak makan sejak balik umah.  masuk makanan 
mak muntah.

doktor kata penyakit mak dah teruk, kuman dah merebak ke paru-paru dan hati.  
 
sebab tu mak tak boleh makan.  selama di spital mak hidup dengan air dan ubat 
saja.  sayunya aku tengok muke mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap.  tapi 
masa tu mak boleh bercakap.  satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia 
menderita sakit.  tak pernah dia sebut yang dia sakit.  kami berbual macam biasa. 
macam tak de apa-apa boleh buat lawak, gelak lagi.  walhal aku tau yang dia 
menanggung sakit yang amat sangat.  doktr ada terangkan pada kami adik beradik 
macam mana nak jaga org sakit barah.  doktor kata penyakit ni panas, lebih panas 
dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa 
lapar tapi tak boleh makan.  penglihatan akan kabur, disebabkan paru-paru mak dh
rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit.  seksanya mak.  tapi dia tak tunjuk 
kesakitan dia pada anak-anak.  cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis.  aku 
pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik.  semakin hari keadaan mak 
semakin teruk .... aku ambik keputusan untuk cuti satu sem.  abg di jepun pun 
balik.  hati mak dah mula membengkak.  perut dia buncit macam di pam.  berkilat 
dan boleh nampak urat.  mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, 
dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap.  dan masa tu juga 
pemikiran mak dah tak berapa normal.  dia tak kenal dah orang yg pegi melawat dia, 
kecuali kali anak-anak dia.  ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu 
kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa.  mak kata ada habuk 
penuh atas kepala aku jadi dia nak sapu buang.  masa tu jugak merambu air mata 
aku.  walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan 
kebersihan anak dia.  hampir 3 bulan mak kat spital jengka, dan selama tu la kami 
sekeluarga berumah di sana.  semua misi, doktor dah kenal. 

selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan 
dia, tukarkan baju dan segalnya walaupun kami lelaki jururawat kat situ dah tak 
kesah.  memulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas 
waktu melawat.  kami jumpa doktor dan ketua dia jururawat, mintak kebenaran sebab 
kami tak de adik-beradik pompuan kemudian mak perlukan org tunggu 24 jam, sebab 
bila mak kejang kena ada org urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak 
balas jasa mak sementara hayatnya masih ada.  akhirnya mak kami bawak balik ke 
umah.  sebab mak kate dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, 
nak tengok anak-anak dia suami dia.  mintak ngan doktor, doktor benarkan.  doktor 
kata mak dah tak de harapan.  bila mak sampai rumah.  suatu keajaban berlaku, mak 
mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula.  cuma mata dia ja masih kelabu.
dia makan, kami bagi semua makanan yg dia suka, apa yang dia sebut kami cari.  
 
kami ambik semua baju baru mak kami pakaikan pada dia.  mak sembang ngan semua 
orang, mintak maaf ngan semua.  mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia 
smakin membesar.  lebih kurang seminggu mak kat rumah.

mak nazak.  hari tu pagi sabtu.  nafas mak tersekat-sekat... masa tu mak dah dak 
boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan.  kita kena letak telinga kat mulut 
dia baru dengar.  tengah hari tu kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam 
keadaan tu, seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat.  kami sekeluarga 
berbincang.  tanya pendapat orng tua dan buat keputusan, agaknya hari ni sampailah 
masa tamatnya penderitaan mak sekian lama.  kami dah tak sanggup tengok mak 
terseksa lebih lama.  kami adik-beradik dan abah pegi pada mak.  kami mintak ampun, 
mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, 
mintak halal air susu yang kami minum.  "ma... emie mintak ampun, mintak maaf 
segala dosa emie pada ma, dari hujung rambut sampai hujung kaki.  emie mintak 
halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum" 
banyak lagi aku nak sebut pada mak tapi tak terkeluar dari mulut.  Ya Allah 
kenapalah jadi macam ni.  kami kucup dahi mak.... kami cium tapak kaki mak.  air 
mata mak mangalir.  kami letak adik tepi mak.  bagi mak cium adik.  sayunya aku 
tengok.  air mata mak mengalir bila tengok adik.  kesian adik lepas ni dia dah 
tak dapat jumpa mak.  tak dapat merase kasih sayang mak.  mak bisikkan sesuatu 
pada abah.  air mata abah mengalir.  nilah seumur hidup aku nampak abah menangis.  
 
abah kucup dahi mak.  kemudian dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak.  aku 
terpaksa, kami terpaksa.  kami syangkan mak.  tak nak seksa mak.  tak lama mak 
sesak nafas.  abah ajar mak mengucap.  Allahhuakbar seksanya menuju kematian,

Innalillahiwainnahiro-jiun..... ibu tercinta pergi buat selamanya.........

Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini..... linangan air mata dan 
Al-Fatihah sebagai noktahnya.
 

INGAT.... IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI, JIKA TIADA.  MAKA 
TIADALAH GANTINYA.  SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.
 

KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG.... AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN 
IBU MINTAK AMPUN.  JANGAN TUNGGU HARI RAYA JE... TAKUT TAK SEMPAT. 

AKU... HANYA MAMPU MENGUCUP BATU NISAN MAK DI PAGI SYAWAL.  
 
bila makan kuih tepung bungkus ... aku akan ceritakan pada wife aku, 'sebab kuih 
ni la abg boleh pegi sekolah dan kuih ni lah yang membesarkan abg adik beradik
 


Terima Kasih Sudi Singgah

February 9, 2014

***SENAMAN KAGEL***

MULA SEGERA!!!rasa nya ramai wanita menghadapi masalah ini...

Senaman Kegel Untuk Inkontinens (Lemah Kawalan Kencing)


sesegera yang mungkin selepas melahirkan bayi ,anda perlu melakukan senaman lantai pelvis.mungkin pada mulanya anda berasa kekok kerana tidak biasa melakukannya.ketahuilah senaman ini sangat bermanfaat dalam membantu anda memulihkan perineum dan faraj.menghalang masalah kebocoran urin,meningkatkan aliran darah ke perineum dan membantu menghilangkan bengkak dan luka selepas melahirkan.
 pada hari atau minggu pertama melakukan senaman ini,anda tidak akan dapat merasakan sebarang gerakkan di bahagian otot-otot lantai pelvis.jangan khuatir kerana keadaan sebegini adalah normal.ia berlaku akibat drpd saraf yang terlibat terlalu longgar.walaupun tiada sebarang gerakkan dirasai ,yakinilah senaman yang dilakukan itu tetap berkesan.teruskan melakukan senaman ini secara teratur agar hasil yang bakal diperolehi memberangsangkan.

sementara itu anda digalakkan untuk melakukan senaman ini dalam keadaan berbaring.ada juga yang berpendapat senaman yang dilakukan secara mengiring pun menampakkan keberkesanannya.apa yang penting ,tidak kira apa juga posisi yang dipilih ,anda perlu melakukannya dalam keadaan tenang.

JOM KITA PELAJARI TEKNIK YANG BETUL SENAMAN INI
============================================

~sama ada dalam keadaan berdiri,duduk,berbaring atau mengiring ,jarakkan sedikit kedudukan kaki anda agar otot-otot paha,punggung dan abdomen dapat direhatkan.

~kemutkan otot-otot dipermukaan hadapan dan belakang anda.gerakkan otot berkenaan ke atas.

~jangan tolak otot kebawah sebaliknya kemut dan tolak ke atas.

~ulanginya sebanyak 10 kali secara perlahan dan 10 kali secara cepat.

~sebaik-baiknya lakukan senaman ini sekurang-kurangnya 4 hingga 5 kali sehari.

~ketika melakukan senaman ini ,jangan ketatkan otot-otot perut,punggung dan paha.

dinasihatkan agar anda tidak melakukan senaman ini terlalu kerap pada percubaan pertama.anda boleh menambah bilangan senaman ini secara beransur-ansur.

peringatan !!! melakukan senaman lantai pelvis secara tetap dan paling bagus secara berterusan sangat penting! senaman ini telah terbukti secara secara langsung dapat menguatkan kembali otot lantai pelvis anda!!! 
 fakta menarik perlu diambil tahu ialah jika sering mengalami masalah "kebocoran" ketika bersin atau batuk,anda bakal mendapat manfaat besar drpd amalan senaman lantai pelvis ini.ia berupaya menguatkan otot-otot yang terlibat dalam masalah lemah kawalan kencing.seharusnya anda mula mengamalkan senaman lantai pelvis ini sejak awal usia kehamilan.hal ini kerana ,senaman ini membantu anda menampung berat kandungan.ketahuilah bahawa jika otot lantai pelvis anda berada dalam keadaan yang baik sebelum melahirkan ,otot tersebut berkemungkinan besar akan kembali ke keadaan normal selepas melahirkan anak.
 setelah meningkat usia,amat penting untuk anda memastikan otot pelvis sentiasa kuat.hal ini kerana apabila tidak lagi didatangi haid(menopaus) otot-otot mula berubah.jadi otot lantai pelvis yang sedia lemah akan menjadi lebih lemah.


Senaman kegel baik untuk pundi kencing dan rahim jatuh (Wanita)

WANITA yang sihat bukan saja membahagiakan dirinya sendiri tetapi keluarga, tetapi faktor usia, melahirkan anak selain hormon, gaya hidup dan ditambah sikap tidak suka bersenam, seseorang wanita akan berhadapan pelbagai masalah kesihatan berkaitan otot pelvis (atau disebut otot PC - pubococcygeus)
Sesetengah wanita berpendapat kaedah terbaik mengatasi masalah itu adalah menerusi pembedahan. Bagaimanapun sebelum berbuat demikian pelbagai perkara harus difikirkan termasuk keinginan mendapatkan anak dan otot pelvis lain mungkin terjejas.
Justeru, langkah pertama yang harus anda fikirkan adalah bersenam dan mulakan segera.
Sesetengah orang memahami senaman lantai pelvis khusus untuk nikmat seksual dan terhad kepada wanita saja. Sebenarnya senaman lantai pelvis atau dikenal juga sebagai senaman kegel bermula sebagai senaman untuk wanita yang berhadapan dengan masalah terkucil atau gagal mengawal air kencing selepas melahirkan anak. Ia senaman khusus untuk menguatkan otot pelvis dan lelaki juga sepatutnya melakukannya kerana mereka juga kerap berhadapan dengan masalah sama.
Sebahagian tubuh manusia termasuk tulang pinggul berada dalam kawasan pelvis. Di bawah pelvis ada beberapa lapis otot merintang antara dua kaki. Otot itu berkait dengan bahagian tulang depan, belakang dan sisi pelvis.
Dua otot pelvis ini - otot yang besar seakan berbentuk buaian manakala satu lagi seakan berbentuk tiga segi melakukan hampir semua tugas. Ia berfungsi mengekang kebocoran air kencing dan najis.
Justeru, senaman lantai pelvis ini dicipta hampir 58 tahun lalu oleh doktor perbidanan dan sakit puan, Dr Arnold Kegel, bagi menguatkan otot PC, otot bersilang sekeliling anus dan kelenjar prostat.
Ketika itu Dr Kegel mendapati senaman ini berupaya merawat pesakit wanita yang menderita masalah ketidakupayaan mengawal pundi kencing. Walaupun sudah berusia 58 tahun, senaman ini diiktiraf doktor sebagai senaman yang memberi faedah kepada lelaki dan wanita yang berhadapan dengan masalah itu.
Mungkin anda biasa mendengar keluhan ibu bapa atau mungkin rakan sebaya yang akan terkucil ketika batuk, bersin atau mungkin juga ketawa. Kebanyakan masalah ini dihadapi wanita yang kerap bersalin selain golongan berusia. Justeru tidak hairan jika di Amerika Syarikat saja AS5.2 bilion dibelanjakan untuk membeli lampin dewasa.
Semua itu sebenarnya boleh diatasi dengan senaman lantai pelvis. Semakin kerap anda melakukannya, semakin cepat anda berupaya mengatasi masalah.
Sebelum memulakan senaman, pastikan anda mengenali otot pelvis sendiri. Ramai membuat senaman ini dengan otot yang salah. Jika anda rasa tidak selesa di bahagian perut atau belakang ketika melakukan senaman ini, berkemungkinan anda salah dalam melakukannya.
Jangan kemutkan perut atau pinggang atau otot punggung ketika melakukan senaman ini. Elakkan juga dari menahan nafas dan mengetatkan dada ketika mengemut. Pastikan anda dalam keadaan tenang ketika bersenam. Jika anda menggunakan otot yang salah ia akan hanya memburukkan masalah terkucil yang anda hadapi.
Mengenali otot pelvis sangat mudah, jika anda ke tandas membuang air kecil, cuba berhentikan pengaliran air kencing dengan mengemut otot pelvis. Ulang teknik ini beberapa kali hingga anda biasa dengan rasa kemutan kumpulan otot itu.
Disebabkan senaman ini membabitkan otot dalaman, kebanyakan orang memahaminya sebagai senaman menahan air kencing.
Kata Haniza Mokhtar dari pusat kecergasan She’s Fit, di barat senaman yang diperkenalkan Dr Kegel ini cukup popular dan diajar di hospital kepada wanita juga lelaki. Di Malaysia, walaupun ramai mengetahuinya tetapi tahap pengetahuan mereka sangat terarah kepada satu tujuan saja - senaman untuk seksual.
“Senaman lantai pelvis membantu anda mengawal pundi kencing. Kita biasa dengar warga emas yang terpaksa memakai lampin kerana tidak berupaya mengawal pundi kencing. Begitu juga wanita yang kerap bersalin, mereka mungkin berhadapan dengan masalah sama,” katanya.
Katanya, kebanyakan wanita lebih teruja menggunakan rawatan herba seperti mengambil jamu atau manjakani tetapi jika yang bermasalah sebenarnya adalah otot pelvis, tentu lebih baik kita memperbaiki otot itu sendiri.
Senaman lantai pelvis tidak nampak kesan dan pergerakannya secara luaran kerana ia membabitkan otot dalaman tubuh. Kerana itu ia boleh dilakukan dalam pelbagai cara, duduk, berdiri atau pun berbaring di lantai.
“Senaman mudah ini seakan menahan air kencing, tahan untuk lapan saat sebelum mengulanginya semula. Lakukan dua kali sehari dalam tempoh lima minit,” katanya.
Senaman ini tidak diajar di pusat kesihatan tetapi setiap jurulatih kecergasan tahu mengenainya.
Pastikan ketika anda melakukannya pundi kencing tidak penuh dan jangan tahan nafas.
Malah, kerana ia senaman ringkas, anda boleh melakukannya walaupun ketika bermesyuarat! Senaman lantai pelvis ini boleh dilakukan dengan dua cara, senaman cepat dengan otot diketatkan dan dilepaskan dalam tempoh dua saat manakala senaman lambat otot diketatkan antara lima ke 10 saat sebelum dilepaskan.
Dalam masa tiga bulan atau kurang kata Haniza, jika anda bersenam dengan kerap, kesannya akan dapat dirasai.
FAKTA
Enam tanda amaran anda perlukan senaman lantai pelvis
Terkucil ketika mengangkat benda berat
Terkucil ketika ketawa, bersin dan batuk
Kerap terkena jangkitan kencing
Rasa sakit kerana pundi kencing penuh
Kerap kencing walaupun tiada jangkitan kencing
Rasa hendak terkucil tetapi tidak terkeluar
INFO
Otot pelvis berkait antara tulang pinggul. Otot ini bertindak sebagai lantai yang kuat menyokong organ pelvis pada tempatnya.
Organ pelvis termasuklah pundi kencing (menyokong air kencing) dan rektum (menyokong pergerakan usus).
Otot pelvis boleh menjadi lemah dan kendur disebabkan faktor berikut; gemuk, aktiviti yang menekan pundi kencing, usia lanjut, tidak bersenam, kurang hormon estrogen, kerap bersalin dan menjalani pembedahan prostat.
Langkah senaman lantai pelvis
Duduk
1 - Senaman lantai pelvis sambil duduk. Rapatkan kaki.
2 - Tundukkan kepala dengan merapatkan kaki.
Berdiri
1 - Aksi senaman lantai pelvis sambil berdiri. Berdiri sambil mencekak pinggang.
2 - Tahan nafas selama lapan saat dan lepas. Ketatkan otot sebelum dilepaskan.
Baring
1 - Senaman lantai pelvis sambil berbaring. Berbaring dengan mengangkat punggung sedikit dari lantai.
2 - Sambil berbaring, angkat punggung lebih tinggi. Kemut selama lapan saat sebelum lepaskan ketegangan otot.
3 - Senaman lantai pelvis sambil berbaring. Baring dengan merapatkan betis ke paha.
4 - Angkat kaki rapat ke perut sambil mengetatkan otot selama lapan saat sebelum dilepaskan.
5 - Berbaring dengan mengakkan lutut.
6 - Angkat tangan mencapai lutut dan ketatkan otot.
Aksi dengan bola
1 - Berbaring dengan santai dengan meletakkan kaki di atas bola.
2 - Angkat punggung dan ketatkan otot pelvis selama lapan saat dan lepaskan.


Terima Kasih Sudi Singgah

February 7, 2014

singgang daging

singgang daging


Bahan-bahan:
1/2 kilo Daging(dihiris nipis),
sedikit tulang, sedikit daging berlemak.
8 ulas bawang merah~dimayang
5 ulas bawang putih~dimayang
2 inci halia~dimayang
1 1/2 inci lengkuas~dimayangsegengam ketumbar biji~ditumbuk separuh lumat
6 biji cili kering~dipotong,dibersihkan dan direndam dengan air panas.
sedikit gula manisan/gula melaka
1 keping asam keping gelugur.garam secukup rasaair untuk kuah.


Cara-cara:
1. Air anggaran cukup untuk daging 1/2 kilo di atas api.
2. Masukkan bahan2 yang dimayang, ketumbar, asam keping, daging, tulang dan daging berlemak.
3. Biarkan kuah mendidih sehingga daging dan tulang empuk.
4. Masukkan cili yang telah direndam, garam dan gula melaka. Biarkan semua bahan mesra.
5. Rasai garamnya dan bolehlah diangkat.


Terima Kasih Sudi Singgah

kerutub daging

kerutub daging

Bahan-bahan
1kg daging
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 bungkus rempah kerutup
1 sudu makan ketumbar
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 btg serai
1 gelas santan
2 sudu kerisik
Garam secukup rasa
Sedikit gula melaka
Air asam jawa

Bahan untuk menumis
5 kuntum bunga cengkuh
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah

Cara membuatnya
- Daging dipotong dan dibersihkan
- Rempah, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan ketumbar dikisar halus
- Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan menumis. Tumis sehingga kekuningan. Masukkan rempah yang telah dikisar dan serai yang telah dititik. Tumis sehingga rempah garing
- Masukkan daging dan air asam jawa. Masak hingga daging empuk
- Masukkan santan dan masak sehingga mendidih
- Masukkan kerisik, garam dan gula melaka. Masak sehingga pekat dan hidangkan bersama nasi putih atau nasi dagang

TIP: Untuk melembutkan daging, tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perap
bahan tersebut denan daging kira-kira 1/2 jam


Terima Kasih Sudi Singgah

Asparagus Goreng Belacan

Asparagus Goreng Belacan

2 August 2011 at 17:27
Bahan-bahan :

Segenggam asparagus (dipotong menyerong)
Beberapa ekor sotong
6-7 biji cili merah
2-3 biji cili padi
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Belacan sebesar ibu jari
Asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit air

Cara-caranya ;

Blendkan bawang merah,bawang putih,bawang besar, cili merah,cili padi dan belacan. Tumiskan bahan blend hingga garing, masukkan sotong yang dipotong kecil-kecil. Masukkan sedikit air dan masak sotong sehingga lembut atau masak. Bila sotong dah masak,masukkan asparagus dan kacau beberapa kali. Jangan terlalu masak sangat asparagus tu, nanti lembut sangat tak sedap. Bolehlah diangkat dan hidang bersama nasi.


Terima Kasih Sudi Singgah

Tabung Haji menawarkan perkhidmatan yg lebih mudah..ATM/CDM & Transaksi Elektronik

Info terbaru..aku pun dh cuba..lepas ni laju ler simpanan Tabung Haji mengalir keluar...pada yang belum tahu boleh dapat paduan dibawah ini.. Moga dapat membantu...

Perkhidmatan ATM / CDM / Uniteller & Transaksi Elektronik

Perkhidmatan ATM / CDM / Uniteller 

TH telah mengadakan usahasama strategik dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM) dan Maybank Islamic untuk menambahkan rangkaian perkhidmatan TH kepada pendeposit.  Untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan mesin ATM / CDM yang disediakan oleh BIMB, BKRM dan Maybank Islamic pendeposit yang mempunyai kad ATM bank tersebut perlu mendaftarkan dan menghubungkan (link) kad ATM mereka ke akaun TH.

Cara link kad :-

  • Bawa Buku Akaun Simpanan Tabung Haji dan hadir ke kaunter BIMB, BKRM dan Maybank.
  • Link kad ATM boleh juga dilakukan mesin ATM BIMB, BKRM dan Maybank.
  • Kad ATM penjaga boleh dihubungkan sehingga 8 akaun TH anak di bawah jagaannya.
 

Perkhidmatan yang disediakan :-

1) Uniteller (Bank Islam dan Bank Rakyat)
 
Perkhidmatan yang disediakan:
Pembukaan akaun TH
Simpanan tunai
Simpanan cek (tempoh penjelasan cek yang lebih cepat)
Pengeluaran tunai
Pindahan wang antara akaun  TH
Pendaftaran haji
Pengaktifan kad bank
Kemaskini buku simpanan  TH
 
Tiada sebarang caj yang akan dikenakan kepada pendeposit  TH.
 
 
2) ATM/CDM (Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic)
 
Perkhidmatan yang disediakan
Semakan baki
Pengeluaran wang
Simpanan wang melalui CDM
Pindahan wang dari akaun bank ke akaun TH
Pindahan wang dari akaun TH ke akaun bank
Pendaftaran haji
Pengaktifan kad bank
 

Waktu Operasi ATM / CDM :-

  • Perkhidmatan adalah 24 jam, 7 hari seminggu.
    Lebih 6,000 ATM/CDM mesin yang boleh diakses.

Transaksi Elektronik

Kini Perkhidmatan TH boleh diakses melalui :

Panduan Perkhidmatan Tabung Haji di Maybank

Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah:
ATM
1. Pengeluaran wang tunai daripada akaun Tabung Haji*
2. Pindahan wang*
    - Daripada akaun Maybank ke akaun Tabung Haji (sendiri atau pihak ketiga)
    - Daripada akaun Tabung Haji ke akaun Maybank (sendiri atau pihak ketiga)
    - Daripada akaun Tabung Haji ke akaun Tabung Haji (pihak ketiga)
    - Daripada akaun Tabung Haji ke akaun Tabung Haji Amanah (sendiri)
3. Pertanyaan baki
4. Pendaftaran haji
5. Pendaftaran akaun Tabung Haji (sendiri atau amanah) dengan kad ATM Maybank

CDM
1. Deposit*
2. Pertanyaan baki
3. Pendaftaran haji (dengan kad ATM)

* Caj perkhidmatan RM1.00 akan dikenakan untuk setiap transaksi pengeluaran wang, pindahan wang atau deposit. Tiada caj dikenakan untuk lain-lain transaksi.

Langkah-langkah untuk:
Pendaftaran akaun Tabung Haji dengan kad ATM Maybank
1. Masukkankad ATM Maybank
2. Pilih 'TABUNG HAJI'
3. Pilih 'PENDAFTARAN AKAUN TABUNG HAJI'
4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji. Tekan 'YA' untuk skrin seterusnya
5. Masukkan nombor siri buku simpanan Tabung Haji 
6. Tekan 'YA' untuk pengesahan
7. Sebaik saja selesai transaksi, sistem akan mengeluarkan slip transaksi ATM

Pengeluaran wang melalui ATM
1. Masukkan kad ATM Maybank
2. Pilih 'TABUNG HAJI'
3. Pilih 'PENGELUARAN WANG'
4. Masukkan jumlah pengeluaran (RM)
5. Skrin akan memaparkan akaun-akaun yang didaftar dan pilih akaun yang akan didebitkan
6. Wang akan dikeluarkan
7. Sebaik saja selesai pengeluaran, sistem akan mengeluarkan slip transaksi ATM

Pendaftaran Haji dengan kad ATM Maybank
1. Masukkan kad ATM Maybank
2. Pilih 'TABUNG HAJI'
3. Pilih 'PENDAFTARAN HAJI'
4. Syarat umum akan dipaparkan di skrin ATM
5. Tekan 'YA' untuk langkah seterusnya
6. Sebaik saja selesai transaksi, sistem akan mengeluarkan slip transaksi ATM

Deposit tunai melalui CDM
1. Pilih 'DEPOSIT TUNAI TABUNG HAJI'
2. Masukkan nombor akaun Tabung Haji
3. Masukkan wang
4. Pilih 'YA' untuk mengesahkan jumlah deposit
5. Sebaik sahaja selesai transaksi, sistem akan mengeluarkan slip transaksi CDM


Terima Kasih Sudi Singgah