June 9, 2016

Amat merimaskan bila ada yang WA konon nak bercerita tentang rumahtangga..menggelikan lagi bila dah kuar tentang cerita 'dalam kain' kau...sorry la ye..aku mmg x berminat nak tau pun..eeeiiiiii....


Terima Kasih Sudi Singgah

HIBAH - Perancangan Harta


Hibah adalah cara paling berkesan dalam pembahagian harta ...Klik disini


Apa itu Hibah?

HIBAH


• Bahasa : Pemberian (al-Atiyyah)
• Syarak : Pemindahan hak milik harta secara percuma semasa hidup/hayat orang yang 
berhak terhadap harta .
Dalil: 
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu saling memberi, 
nescaya kamu akan saling mengasihi 


KONSEP HIBAH

Apabila Pemilik menghibahkan aset atau hartanya kepada benefisiari maka pemilikan 
harta tersebut telah menjadi hak pemilik yang baru iaitu benefiasiari. 


RUKUN HIBAH

• Pemberi – Orang yang memiliki harta tersebut.
• Penerima - Benefisiary yang akan menerima harta tersebut dari pemberi. 
• Aqad (ijab & qabul)
• Harta yang di hibahkan 


PERKARA UTAMA DALAM HIBAH

• Mesti ada pengisytiharan pemberian daripada pemberi (Wahib)
• Penerima hibah (Mawhub Lahu) mestilah menerima harta tersebut samada dia menerima 
sendiri atau melalui wakil 
• Penerimaan (qabd); hibah mestilah diserahkan oleh penghibah kepada penerima hibah.


SIAPAKAH YANG BOLEH MEMBUAT HIBAH?

 Seseorang yang ;
• Memiliki harta secara sah 
• Memiliki kesihatan yang baik 
• Harta tersebut di dalam miliknya 
• Mempunyai kuasa yang sah untuk memindahkan harta tersebut 
• Mencapai umur dewasa 
• Dibuat tanpa sebarang paksaan 


HIBAH SEMASA HARAD-AL-MAUT

Ertinya, penyakit membawa maut yang memenuhi syarat-syarat berikut:
• Penyakit itu mestilah menyebabkan kematian si mati;
• Penyakit itu mestilah menyebabkan kebimbangan kematian dalam minda si mati 
• Mestilah terdapat beberapa tanda luaran suatu penyakit yang serius.

Pemberian dianggap sebagai WASIAT – peraturan 1/3 terpakai.


MENARIK BALIK HIBAH

Seseorang tidak dibenarkan untuk menarik balik hibah apabila hibah telah diterima oleh 
penerima hibah.
Walaubagaimanapun, ibu bapa dan ke atas mempunyai hak untuk menarik balik apa yang 
telah diberikan kepada anak cucu ke bawah. 

Dalil:

Daripada Ibn Abbas dan Ibn Umar r.a, sabda Rasulullah s.a.w: 
“Tidak dibenarkan bagi seseorang yang telah memberikan sesuatu pemberian kemudian 
menarik kembali pemberian tersebut melainkan ibu bapa yang memberikan kepada 
anaknya. Misal bagi orang yang menarik kembali pemberiannya adalah seperti seekor 
anjing yang makan sesuatu, dan kemudian apabila ia lapar, ia memuntahkan kembali 
makanan tersebut lalu memakannnya semula.”
H.R Abu Dawud dan Al-Nasa’iy dan Ibn Majah 


JENIS-JENIS HIBAH

i) Hibah biasa:
Melibatkan pertukaran hak milik secara terus. Pemilikan telah berpindah kepada 
benefisiari.

ii) Deklerasi Hibah:
Pemindahan nama akan berlaku pada masa yang di tetapkan. Melibatkan satu dokumen 
akad yang memberikan pemilikan kepada benefisiari.
AST akan menyediakan format perjanjian Hibah.


PERKHIDMATAN HIBAH BIASA

• Membantu penghibah dalam proses pemindahan hak milik.
• Harta mestilah milikan penuh.
• Melibatkan pembayaran kepada AST, Duti Setem, dan yuran guaman.
• Urusan pemindahan hak milik dibuat dengan pejabat tanah.
• Boleh diberikan kepada sesiapa dan tidak terhad kepada 1/3.
• Harta tidak lagi tergolong sebagai harta pusaka kerana telah menjadi hak milik 
benefisiari 




DEKLERASI HIBAH (PRI-HIBAH)


Hibah yang diiktiraf dari segi syariah tetapi pertukaran hak milik secara sah dibuat selepas 
berlaku perkara-perkara atau syarat-syarat yang telah ditetapkan (triggering events) dalam 
Deklarasi Hibah.

Di dalam Pri-Hibah, pemilik harta akan menyerahkan harta yang ingin dihibahkannya 
kepada Pemegang Amanah. Sekiranya pemilik harta meninggal dunia, harta tersebut 
tidak perlu di faraidkan dan boleh diserahkan terus kepada benefisiari yang dikehendakinya 
seperti yang termaktub di dalam Deklerasi Hibah.


CIRI-CIRI DEKLERASI HIBAH AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD

• Berkuatkuasa serta merta selepas deklarasi dibuat 
• Pemberian daripada ibu/bapa kepada anak boleh dibatalkan.
• Pemberian kepada selain daripada anak-anak tidak boleh dibatalkan 
• Tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Deklarasi 
Hibah 


KELEBIHAN MEMBUAT DEKLERASI HIBAH

• Aset yang dihibahkan tidak dianggap sebagai harta penghibah ( Pusaka )
• Berkuatkuasa serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Deklarasi Hibah 
• Aset tidak tertakluk kepada Faraid 
• Hak benefisiari selamat dan terjamin 


PROSEDUR

• Apabila Penghibah/Pemegang Amanah tidak berupaya untuk mentadbir harta, maka 
Pemegang Amanah Ganti (as-Salihin) akan secara serta merta menjadi pemegang kepada 
harta amanah.
• Harta tersebut tidak perlu melalui proses permohonan Probet (disebabkan kewujudan 
klausa PA).
• as-Salihin akan mentadbir aset tersebut mengikut terma di dalam Deklarasi Hibah 

Peringatan PENTING: Untuk memindahkan aset tidak alih, dua pembayaran lain terpaksa 
dilakukan iaitu pembayaran duti setem dan Fi guaman.

info maklumat dari : Klik disini


Terima Kasih Sudi Singgah