Showing posts with label Cerita Tauladan. Show all posts
Showing posts with label Cerita Tauladan. Show all posts

February 16, 2014

KISAH YANG MENYAYAT HATI


SEDIHNYA……. 
  

Kalau nak kira mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga, tak de nilai yg 
boleh disamakan dengannya.  aku cukup rapat ngan mak aku, dia lah yang tahu dan 
ambil tahu kehendak anak-anaknya.  cukup memahami... abah aku orangnya agak garang 
masa kami kecik-kecik dulu, pernah kami kena pelangkung dengan dia sebab lambat 
mandi pagi nak p sekolah.  sejak hari tu aku dah kurang sket ngan abah.  apa-apa 
masalah aku ngadu ngan mak.  mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong 
buat keja sekolah.  mintak duit belanja.  kena buli ngan kawan, semuanya mak.  
 
ngan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.  abah pepagi 
lepas hantar kitorang p sekolh dia p ladang, tengah hari atau petang baru balik.  
 
abah akan rehat kekadang tidur kat pangkin bawah pokok moktan tepi umah.  macam tu 
la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak 
mulut memang kena.  masa tu kekadang aku rasa ngapa la aku ada abah, kalau ada mak 
je kan bagus.  tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami 
dulu org susah abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa.  
 
untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak 
ngan kuih tepung bungkus.  pkul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasik.  pepagi lepas 
hantar kitorang p skolah abah singgah letak nasik lemak ngan tepung bungkus kat 
kedai makan tepi sekolah.  masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen kuih 
tepung bungkus 15 sen.  kekadang tu aku bawak gak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat
kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu.  aku dpat duk ngan mak sampai 
tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokesional temerloh.  tapi tetiap minggu balik 
kampung, sebab nak makan masakan mak, keras tengkuk aku duk makan nasik kawah, 
ikan jeket ngan sawi balak kat asrama.  petang jumaat balik kampung sampai umah 
terus cari nasik.  mak setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan plaklin 
(ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh ngan kacang botol, sambal belacan lada 
besar.  tu je favored aku, ada set tu... mamang makan tak ingat punya.  kekadang 
tu mak masak kari ayam cair.  kalau kena yg tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik. 
duk asrama 2 taun lepas spm aku kerja sementara kat tekam resort, nama je resort 
sebenarnya aku kerja dalam ladang gak banci pokok.  gaji rm400.  tu la pendapatan 
pertama hasil titik peluh aku sendiri.  hari ambik gaji tu seronok bukan main 
macam-macam dah plan nak beli barang.  benda yang paling aku teringan masa tu, 
pancing guna mesin.  dapat duit terus p pekan beli, ingat lagi... harga pancing 
tu rm75 satu set.

balik rumah petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit 
pertama aku kat mak, bayar balik duit minyak moto yang aku mintak kat dia tetiap 
ari p kerja.  menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu.  aku ingat 
lagi masa tu dia kata "ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak ma, 
alhamdullillah dapat dah ma merasa duit anak-anak".  aku kerja tak lama, aku dapat 
surat tawaran p uitm (masa tu masih ITM) shah alam jurusan elektrik panggilan 
pertama.  masa tu aku baru balik keja, siap mandi, pastu makan.  mak masak sedap 
tengah hari tu.  tengah makan mak cakap "haa.... makan puas-puas, nanti lambat 
pulak dapat makan macam ni", aku tanya ngapa.  mak kata ada surat kat depan.  dan 
dan aku p ambik baca.  melompat aku masa tu.  aku tunjuk kat mak.  dia kata dia 
dah baca tadi.  berair mata mak masa tu, kata dia... lepas dah anak ma 2 orang, 
tinggal 2 lagi tu tak tau macam mana.  perbelanjaan aku masuk itm masa tu abg 
sulung aku tanggung.  masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ.
masa aku part 4, mak bersalin adik perempuan.  kelahiran paling gembira bagi 
keluarga kami.  sebab sebelum ni kami 4 beradik lalaki.  abah la orang paling 
gembira dah lama dia nak anak perempuan.  adik perempuan ni jugak telah buat 
perubahan pada diri abah.  abah dah tak macam dulu.  sesekali aku balik.. abah, 
aku tengok abah yang mengasuh adik lebih dari mak.  syukur pda tuhan harap adik 
tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.  setahun lepas adik lahir mak sakit.  
 
tapi tak de la teruk sangat, cuma p klinik je.  lepas sebulan lebih sakit mak tak 
sembuh.  abah bawak pegi pada pakar kat hospital mentakab.  diarang ambik semple 
darah.  lepas seminggu diorang panggil p hospital semula, dah dapat keputusan.  
 
ya Allah, mak disahkan kena barah payu dara.  doktor kata, untuk selamat mak kena 
operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan.  bermula dari hari tu kami 
sekeluarga tak senang duduk terutama abah.  merata dia cari tempat untuk berubat, 
sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate. 

mak tetiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risaukan adik 
perempuan yg masih kecik, apa nasib adik bila dia tak de nanti.  aku cukup tak 
tahan bila setiap kali mak tinggal pesan.  "mie... nak bancuh susu adik bubuh susu 
2 sudu je.  mie.... kain batik ma ada 3 lai yang baru dalam almari, nanti orang 
datang bukak ambik".  air mata memang tak leh tahan.  sampai masa mak terpaksa 
operate jugak.  doktor kate kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru.  masa tu aku 
ambik cuti seminggu dengan dekan.  balik kampung kena jaga adik.  lepas operate 
mak dah mula jadi lemah kesian sangat aku tengok doktor nak buat kemo, tapi tak 
boleh sebab badan mak trlampau lemah.  lepas 2 minggu mak kat spital.  dia dah 
beransur baik.  abah bawak balik.  mak rihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan 
masih berpantang.  mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa.  tapi 
tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu mak pengsan tiba-tiba.  abah bawak p 
hospital jengka.

bermula hari tu... keadaan mak makin hari, makin teruk.  seminggu mak kat spital. 
kemudian doktor bagi balik, keadaan mak elok sket, tapi mak dah tak boleh berjalan 
masa tu.  kena guna kerusi roda.  2 hari je mak sempat duk umah, pas tu abah 
terpaksa bawak mak p hospital semula, sebab keadaan mak terlalu lemah, mata tak 
bleh bukak, dah tak bleh bercakap, mak tak makan sejak balik umah.  masuk makanan 
mak muntah.

doktor kata penyakit mak dah teruk, kuman dah merebak ke paru-paru dan hati.  
 
sebab tu mak tak boleh makan.  selama di spital mak hidup dengan air dan ubat 
saja.  sayunya aku tengok muke mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap.  tapi 
masa tu mak boleh bercakap.  satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia 
menderita sakit.  tak pernah dia sebut yang dia sakit.  kami berbual macam biasa. 
macam tak de apa-apa boleh buat lawak, gelak lagi.  walhal aku tau yang dia 
menanggung sakit yang amat sangat.  doktr ada terangkan pada kami adik beradik 
macam mana nak jaga org sakit barah.  doktor kata penyakit ni panas, lebih panas 
dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa 
lapar tapi tak boleh makan.  penglihatan akan kabur, disebabkan paru-paru mak dh
rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit.  seksanya mak.  tapi dia tak tunjuk 
kesakitan dia pada anak-anak.  cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis.  aku 
pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik.  semakin hari keadaan mak 
semakin teruk .... aku ambik keputusan untuk cuti satu sem.  abg di jepun pun 
balik.  hati mak dah mula membengkak.  perut dia buncit macam di pam.  berkilat 
dan boleh nampak urat.  mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, 
dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap.  dan masa tu juga 
pemikiran mak dah tak berapa normal.  dia tak kenal dah orang yg pegi melawat dia, 
kecuali kali anak-anak dia.  ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu 
kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa.  mak kata ada habuk 
penuh atas kepala aku jadi dia nak sapu buang.  masa tu jugak merambu air mata 
aku.  walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan 
kebersihan anak dia.  hampir 3 bulan mak kat spital jengka, dan selama tu la kami 
sekeluarga berumah di sana.  semua misi, doktor dah kenal. 

selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan 
dia, tukarkan baju dan segalnya walaupun kami lelaki jururawat kat situ dah tak 
kesah.  memulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas 
waktu melawat.  kami jumpa doktor dan ketua dia jururawat, mintak kebenaran sebab 
kami tak de adik-beradik pompuan kemudian mak perlukan org tunggu 24 jam, sebab 
bila mak kejang kena ada org urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak 
balas jasa mak sementara hayatnya masih ada.  akhirnya mak kami bawak balik ke 
umah.  sebab mak kate dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, 
nak tengok anak-anak dia suami dia.  mintak ngan doktor, doktor benarkan.  doktor 
kata mak dah tak de harapan.  bila mak sampai rumah.  suatu keajaban berlaku, mak 
mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula.  cuma mata dia ja masih kelabu.
dia makan, kami bagi semua makanan yg dia suka, apa yang dia sebut kami cari.  
 
kami ambik semua baju baru mak kami pakaikan pada dia.  mak sembang ngan semua 
orang, mintak maaf ngan semua.  mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia 
smakin membesar.  lebih kurang seminggu mak kat rumah.

mak nazak.  hari tu pagi sabtu.  nafas mak tersekat-sekat... masa tu mak dah dak 
boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan.  kita kena letak telinga kat mulut 
dia baru dengar.  tengah hari tu kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam 
keadaan tu, seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat.  kami sekeluarga 
berbincang.  tanya pendapat orng tua dan buat keputusan, agaknya hari ni sampailah 
masa tamatnya penderitaan mak sekian lama.  kami dah tak sanggup tengok mak 
terseksa lebih lama.  kami adik-beradik dan abah pegi pada mak.  kami mintak ampun, 
mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, 
mintak halal air susu yang kami minum.  "ma... emie mintak ampun, mintak maaf 
segala dosa emie pada ma, dari hujung rambut sampai hujung kaki.  emie mintak 
halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum" 
banyak lagi aku nak sebut pada mak tapi tak terkeluar dari mulut.  Ya Allah 
kenapalah jadi macam ni.  kami kucup dahi mak.... kami cium tapak kaki mak.  air 
mata mak mangalir.  kami letak adik tepi mak.  bagi mak cium adik.  sayunya aku 
tengok.  air mata mak mengalir bila tengok adik.  kesian adik lepas ni dia dah 
tak dapat jumpa mak.  tak dapat merase kasih sayang mak.  mak bisikkan sesuatu 
pada abah.  air mata abah mengalir.  nilah seumur hidup aku nampak abah menangis.  
 
abah kucup dahi mak.  kemudian dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak.  aku 
terpaksa, kami terpaksa.  kami syangkan mak.  tak nak seksa mak.  tak lama mak 
sesak nafas.  abah ajar mak mengucap.  Allahhuakbar seksanya menuju kematian,

Innalillahiwainnahiro-jiun..... ibu tercinta pergi buat selamanya.........

Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini..... linangan air mata dan 
Al-Fatihah sebagai noktahnya.
 

INGAT.... IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI, JIKA TIADA.  MAKA 
TIADALAH GANTINYA.  SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.
 

KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG.... AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN 
IBU MINTAK AMPUN.  JANGAN TUNGGU HARI RAYA JE... TAKUT TAK SEMPAT. 

AKU... HANYA MAMPU MENGUCUP BATU NISAN MAK DI PAGI SYAWAL.  
 
bila makan kuih tepung bungkus ... aku akan ceritakan pada wife aku, 'sebab kuih 
ni la abg boleh pegi sekolah dan kuih ni lah yang membesarkan abg adik beradik
 


Terima Kasih Sudi Singgah

April 3, 2012

Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya.




Bercakap fasal doa,
 
saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.
  

Cerita yang saya dengar itu begini:
 
Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
 
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
 
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
 
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
 
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
 
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
 
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:
 
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
 
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
 
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
 
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
 
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
 
Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
 
MasyaALLAH…
 
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
 
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
 
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
 
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
 
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
 
"Doa aku makbul seh!"
 
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
 
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
 
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
 
Cerita itu sangat menyentuh hati saya.
 
Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.
 
Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
 
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.
 
Semoga bermanfaat note ini.
 
Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
 
Semoga Allah redha dengan kita.
 AMIN….


Terima Kasih Sudi Singgah

April 21, 2011

SUAMI : KETIKA ISTERIMU MENANGIS, GENGGAMLAH ERAT TANGANNYA

Jika isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah ia sblm terlewat…”   Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi… Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!   Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!   Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.   Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam … Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.   Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?   Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”   Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..   TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..   SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .   PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..   Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..   Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..   Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .   Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..   Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..   TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.   Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…   Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…   Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk   begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.   



Terima Kasih Sudi Singgah

July 12, 2010

DARI SEORANG LELAKI

Yang pompuan udah kawen tu ….hehehe pass pass kat hubby u all

teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan
giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak-
anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh
dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,;;; masuk ke
pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berselerak
lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan masuk ke
dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak
bercuci.
mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke
bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam .lelaki itu
cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya
terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awak sakit ke?"..tanya
lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas "kenapa teruk sangat rumah
kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi
isterinya, kot-kot isterinya demam... balas isterinya "wahai suamiku,
semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah
seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di
pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah
yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ....NAH, HARI INI
SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP
HARI.......

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau
mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus
melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

Best baca sampai abis!!!. It's true. To share..Dari Ilham seorang lelaki..


As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik
porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu
pening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times
boleh membuat kepala berserabut. Kalau madam takde kat rumah, alangkah
tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat
depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek
kata,FreeeDoMmmmmla h!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",aku
pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once
shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one
to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, I felt
something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau
'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah
abis,tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak
boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai
yang cun melecun,wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga
yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the
smile yang ikhlas,forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.
Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer
best pun jadik tak best.

Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik
rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah
makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk
dipakai.

Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak
dimop...Everynite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling
blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata
sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah
terasa separuh pengsan.

Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita
sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah isteri
kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..

So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat
kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang
ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren
kita,sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah
dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja
rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang
paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini
kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah
lagi...penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak
rela!!!

So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you
.

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi
when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak
kena!Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan
dah tak bermakna.Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak
HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure
24hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh
pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya
, tingkap pun boleh tercabut...
And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!!FreeDoMmm mmm! !! Can do
whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah
kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut
kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng
solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa
kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik
sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar
bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.Tanpa
leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni tak ada
cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang
nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very
the monotenous,then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah
memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata,
biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga.
Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.
Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our
life!!
Sekian terima kasih.


Terima Kasih Sudi Singgah

April 14, 2010

Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukur kena selalu.

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada
kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu,
mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka
bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak
penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran
sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak,
kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa
pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang
dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam
catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah
tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan
keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan
tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu
jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan
syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia
bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan
ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang
mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki
comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah
itu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan
subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku
sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini
mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya.
Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya.
Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi
seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal,
anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan
sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap
ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu
kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit
kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak
mengulanginya kembali.

"Mama, abang minta maaf ... Abang tak akan ulang lagi."
Itulah
ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan
mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata.
Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih
dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran
dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana
kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada
tetamu yang bakal datang.

Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah
terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang
langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

"Abang ... mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih
kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar
rentung ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu
mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak
melangkah keluar dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada
di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu
terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku ... Alangkah
terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran
longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah
anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia
meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana,
dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan
menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu
keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah
merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

"Ya Allah ... tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam
raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta
laluan daripada pemandu lain.

"Ya Allah ... aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang
baik
tetapi aku memohon sekali ini ... Ya Allah selamatkanlah anakku ini."

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan
bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam
keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga
telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan
kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah
bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis
semahunya.

"Mama maafkan abang ..." Ungkapannya sukar ... tersekat-sekat
kerana kesakitan itu.

"... Abang janji tak akan buat lagi."

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah.
Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu
dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian
kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan
mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa
merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat
hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu
yang baik, aku sedar akan kesalahanku ..."

"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini ..."

Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan
setulus-tulusnya kepada tuhan.

Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola
matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.

"Puan, maafkan ... Kami telah cuba melakukan yang terbaik."
Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.

"Anak puan ... Telah meninggal dunia."

Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap
sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras
ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun
kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia
meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat,
kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat
selama-lamanya.

"Anak ... Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan
di sepanjang perjalanan pendekmu ini ..."

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku,
dingin sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna.
Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu
keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah
semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya
penuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu
berkata, "Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di
sepanjang hidup ini."

"Ibu rindu kepadamu ... Ibu rindu kepada nakalmu ... Ibu
rindu
pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun
hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi.
Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

**********

Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu
nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa.

Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu,
hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.


Terima Kasih Sudi Singgah