Showing posts with label lirik. Show all posts
Showing posts with label lirik. Show all posts

May 9, 2011

Rahmat EKAMATRA : Terpisah Jua

Sinar matamu menggetar kalbuku
Waktu ke waktu sebut namamu
Izinkan aku merindu senyummu
Sukar untukku melupakanmu

*
Aku hidup dengan cintamu
Mengharapkan pelangi kasih

**
Rindu padamu menikam jiwa
Menebarkan sayang di hamparanmu
Kasih subur di taman hati
Jadi hiasan dalam hidupku

Kini cintaku tiada lagi
Aku di sini semakin sakit
Setelah kau berpaling kasih yang baru
Tanpa ada simpati kasihku terpisah jua


Terima Kasih Sudi Singgah

February 13, 2011

Mimpi Yang Tak Sudah

Mimpi Yang Tak Sudah

Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

( korus )
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah


Terima Kasih Sudi Singgah

December 10, 2010

MeNeKa DaLaM kEsAmArAn

Lirik Meneka Dalam Kesamaran - Ibnor Riza

Dari sudut hati yang terluka
Dengan niat suci yang membara
Ku curahkan semua harapan ku yang ada
Kerana ku terlalu menyinta

Ku menyingkir tiap keindahan
Ku lepaskan apa yang ku genggam
Tiada ku inginkan keraguan mu
Kian berpanjangan tanpa pedoman

Keteguhan cinta ku pada mu
Membuat ku tak merasa jemu
Seringkali pertanyaan
Yang cuba aku timbulkan
Pada mu itu hanya kebosanan
Bagaikan ada kesamaran
Di dalam sinar pengharapan

Puas sudah mencari silap ku
Puas sudah meneka hati mu
Tiada ku temui
Jawapan mu yang pasti
Yang memberi ketenangan diri


Terima Kasih Sudi Singgah

May 23, 2010

KeBaHaGiAaN DaLaM PeRpIsAhAn

Lirik lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugurjavascript:void(0)

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)


Terima Kasih Sudi Singgah