Showing posts with label Hadis Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Hadis Al-Quran. Show all posts

January 24, 2014

Isteri Solehah


Mari hayati pesanan isteri 'Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."
Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:
  • Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
  • Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
  • Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada 'dua bahagian muka syiling'. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.
Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa:
"Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif."


Terima Kasih Sudi Singgah

February 13, 2011

TaBaHkAn HaTi


Firman Allah, surah Al-Balad : ayat 4, bermaksud, “Sesungguhnya manusia itu AKU jadikan dalam kepayahan.”
Detik demi detik masa berlalu, Malam berganti siang, hari berganti hari,  diri ini kesayuan tiada berkesudahan tiada berhenti, syahdu sungguh terasa diri ini.. Hati ini  terkala sayu mengenangkan keSengsara di dalam perjuangan, terpaksa jua  menempuhi ranjau onak duri  tapi diri ini percaya ranjau kehidupan yang  diri ini lalui adalah cabaran dan dugaan hidup seorang hamba yang begitu dhaif.  Diri ini yakin semua ini adalah diatas rahmat Allah dan yakin bahawa Rahmat Allah itu  luas tak terhingga dan sekiranya kita mencari jalan keredhaannya, InsyaAllah, Allah akan bersama kita memimpin dan melindungi kita. Diri ini berazam untuk menjalani sisa sisa liku liku kehidupan ini dengan mencari Hidayahnya. Semoga diri ini mendapat pertunjjuk taufik Allah swt. Namun diri ini harus tabah dan bersabar didalam segala hal. Sebagai insan yang tak punya daya upaya lagi dhaif diri ini tidak akan berputus asa mencari Hidayahnya, akan diri ini tempuhi segala dugaan dan cabaran yang diberi dengan penuh keikhlasan, akan diri ini panjatkan doa memohon pada Allah agar membantu dan melindungi kita semua, walaupun kehidupan itu terkadang kala terhimpit dek permasaalahan keduniaan.
                               Quran_289.jpg

Halangan dan rintangan  kehidupan ini haruslah ditempuhi dengan penuh kesabaran. Itulah hakikatnya perjuangan yang akan ditempuhi yang penuh dengan ranjau onak  duri dan cabaran yang terlalu pahit untuk ditelan dan tak mudah pula dilupakan kenangan indah. Berat rasanya Untuk melangkah meninggalkan semua keindahan peristiwa yang berlalu. Namun diri ini telah pun berazam meneruskan perjuangan ini dan apa jua dilakukan kerana Cintaku pada Allah swt. Selagi ada hayat akan meneruskan perjuang hidup ini untuk mencari hidayah Allah, dengan berusaha mempertingkatkan diri untuk bekalan untuk dibawa ke perjalanan yang tidak tahu destinasinya dan bilakah waktunya.  Takkan dibiarkan kenangan lalu itu berligar ligar dibenak fikiran diri ini, sehingga ia benar benar mencabar kesabaran dan ketabahan iman.
Friman Allah, surah Al Hasyar : ayat 18, bermaksud “Hendaklah sesaorang itu memikirkan apa yang hendak dikerjakan untuk bekal pada esok harinya(hari Qiamat) dan takutlah kamu pada Allah. Sesungguhnya Allah melihat (sangat waspada) kepada apa yang kamu kerjakan)”
Akur diatas kehidupan yang begitu mencabar ini,  terpaksa jua menghadapi kenyatan yang harus dilalui dengan melupakan saat kesengsaraan pahit getir dan kenangan yang indah. Jiwa ini cuba meredakan kerinduan, rindu pada ketenang dan kedamaian yang selama ini tiada. Kerana didalam jiwa ini terlalu memberontak meronta mahukan ketenangan dalam hidup dan diri ini rindukan kedamaian. Diri ini jua akur bahawa dunia ini hanyalah satu pentasan sandiwara yang kita ini menjadi pelakon tabahannya.
Surah Al-Nahl : ayat 18, bermaksud “ Apabila engkau hendak menghitung nikmat Allah, maka tidak akan terhitung.”   Diri ini  bersyukur diatas segala kenikmatan yang diberikan, tak terhingga banyaknya,  kerana itu diri ini  jua percaya yang selama ini diri ini telah diterpedaya dengan hal hal yang tak bermanaafaat. Diri ini akuur,  tiada perjalanan yang singkat ataupun perjalanan yang  mudah untuk dilalui mencari kejalan keredhaan Allah, berlandaskan Keteguhan keimanan, hati ini akan kuatkan jua untuk meneruskan dan mempertingkatkan diri tanpa menoleh kebelakang walaupun betapa manisnya kalau dikenang kembali, kerana diri ini tetap akan pergi jua, apabila tiba masanya. Akur dimana Suratan takdir, pertemuan dan perpisahan yang diatur olih Allah tanpa kita Duga. Bersyukur Kehadrat Ilahi diatas pertemuan, sekiranya perpisahan belaku ia tidak dirancang. Sebagai Insan Segala penentuan ditentukan Oleh Allah swt. Semoga perjuangan ini dapat  mendidik erti kesabaran dan ketabahan diri.
 Firman Allah, surah Al-sajadah : ayat 17, bermaksud “tidaklah ada yang mengetahui seorangpun akan kesenangan yang disembunyikan oleh-KU itu kadarnya).”  

Dari itu sahabat Izinkan diri ini  mengundurkan  diri dari segala hal hal., walau apa pun jua yang belaku. Ingin diri ini menyusun  jari sepuluh memohon maaf sekiranya diriini ada menyakiti  hati dan perasan dan izinkan perpisahan ini,  Walaupun pilu hati menghadapinya.  Semoga kita sabar menempuh segala dugaan dan cabaran, berpasrah dan bertawakal pada Allah. Andainya ada kesempatan waktu akan diri ini cuba sedaya upaya meluangkan waktu bersama tetapi sekiranya disebaliknya, maafkanlah diri ini.

Diri ini teringat akan kata-kata Para Ahli hikmah,
“sakit pada waktu mengembara
Miskin dihari tua
Maut pada waktu masih muda
Buta setelah melihat
Dilupakan oleh orang orang(yang asalnya disanjung sanjung tetapi kemudian ditinggalkan)
Adapun bila engkau ditinggalkan olihnya, nescaya tetap ada penggantinya; tetapi Allah itu tidak akan ada penggantinya (jika kita meninggalkan Allah, atau Allah meninggalkan kita, maka tidaklah akan ada penggantinya.”


Semoga dipertemukan apa yang dicari selama ini. Pada yang sama-sama berjuang, Berjuanglah kejalan Allah sehingga ke akhirnya hayat dan jangan berputus asa. Sekali kita gagal ia tidak bermakna buat selama lamanya. Sekali kita terjatuh dengan pintas bangunlah. Berpesan pesanlah kepada yang hak dan berpesan pesan kepada kesabaran, kerana kita hanyalah hamba Allah, insan yang tak punya daya upaya lagi serba dhaif.  Setiap gerak adalah dari Allah.  Sebelum terlambat dan kerugian,  Selagi hayat dikandung badan, sebelum mata rapat terpejam, apabila tiada lagi erti perucapan, andainya terhentinya pernafasan yang dipinjamkan oleh Allah.  Selagi masa menyebelahi kita, ingatlah akan ikrar yang telah diikrarkan, berjuanglah mencari Hidayah Allah, kerana Hidayah Allah seharusnya dicari, Hidayah Allah tidak datang dengan sendirinya. Apabila perusahan mencari keredhaan Hidayah Allah barulah disusuli dengan Taufik Allah swt. Semoga Allah swt memimpin dan memberikan jalan, dan dibukakannya jalan perjalanan yang akan ditempuhi, dan semoga dilindungi dan semoga di berikan ilham dan petunjjuk pada setiap gerak dan langkah pada segala urusan yang bakal dilalui samada untuk Agama, dunia ataupun untuk akhirat.

Firman Allah, surah Al-Ankabut: ayat 69,  bermaksud, “Dan orang orang yang bersungguh sungguh (melawan nafsu) kerana-KU, maka dia itu akan diberi petunjuk kepada jalan jalan-KU.”  
Ya Allah, Tabahkan Hati Hamba Mu, Ya Allah, bantulah Hamba Mu dalam segala hal. Daripada Mu, Ya Allah, diri ini memohon  didalam Doa Kudusku agar sepanjang waktu Pahit Manis didalam Perjuangan yang ditempuhi akan dihadapi dengan penuh ketabahan dan kesabaran. "Senyuman Yang Tersirat, hati berasa pilu.... Semoga Allah Berkatimu dan Salam tulus ikhlas Ingatanku buatmu sahabat sahabatku yang senantiasa didalam Ingatanku Doaku. Semoga Allah Meredhaai Persahabatan dan perpisahan Ini.”

Doa didalam Surah Ali-Imran : ayat 8, bermaksud, “Ya Allah, janganlah dibelokkan hati kami setelah diberi hidayah dan semoga diberi rahmatmu. Sesungguhnya tuhan Maha Pemurah, banyak kurnianya” dan dalam surah Al-Fatiha : ayat 6, bermaksud “Tunjukkanlah kami kepada jalan yang lurus” Amin…………….Fii amanillah.

Bersujud kepada Allah
Bersyukur Kepada Allah
Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semogadiberkahi Allah


Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkamu
Diiringi oleh rahmat-Nya


Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah


Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan



Terima Kasih Sudi Singgah

April 21, 2010

Hikmat Ayat Al-Kursi

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..


Terima Kasih Sudi Singgah