Showing posts with label Tabung Haji. Show all posts
Showing posts with label Tabung Haji. Show all posts

February 7, 2014

Tabung Haji menawarkan perkhidmatan yg lebih mudah..ATM/CDM & Transaksi Elektronik

Info terbaru..aku pun dh cuba..lepas ni laju ler simpanan Tabung Haji mengalir keluar...pada yang belum tahu boleh dapat paduan dibawah ini.. Moga dapat membantu...

Perkhidmatan ATM / CDM / Uniteller & Transaksi Elektronik

Perkhidmatan ATM / CDM / Uniteller 

TH telah mengadakan usahasama strategik dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM) dan Maybank Islamic untuk menambahkan rangkaian perkhidmatan TH kepada pendeposit.  Untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan mesin ATM / CDM yang disediakan oleh BIMB, BKRM dan Maybank Islamic pendeposit yang mempunyai kad ATM bank tersebut perlu mendaftarkan dan menghubungkan (link) kad ATM mereka ke akaun TH.

Cara link kad :-

  • Bawa Buku Akaun Simpanan Tabung Haji dan hadir ke kaunter BIMB, BKRM dan Maybank.
  • Link kad ATM boleh juga dilakukan mesin ATM BIMB, BKRM dan Maybank.
  • Kad ATM penjaga boleh dihubungkan sehingga 8 akaun TH anak di bawah jagaannya.
 

Perkhidmatan yang disediakan :-

1) Uniteller (Bank Islam dan Bank Rakyat)
 
Perkhidmatan yang disediakan:
Pembukaan akaun TH
Simpanan tunai
Simpanan cek (tempoh penjelasan cek yang lebih cepat)
Pengeluaran tunai
Pindahan wang antara akaun  TH
Pendaftaran haji
Pengaktifan kad bank
Kemaskini buku simpanan  TH
 
Tiada sebarang caj yang akan dikenakan kepada pendeposit  TH.
 
 
2) ATM/CDM (Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic)
 
Perkhidmatan yang disediakan
Semakan baki
Pengeluaran wang
Simpanan wang melalui CDM
Pindahan wang dari akaun bank ke akaun TH
Pindahan wang dari akaun TH ke akaun bank
Pendaftaran haji
Pengaktifan kad bank
 

Waktu Operasi ATM / CDM :-

  • Perkhidmatan adalah 24 jam, 7 hari seminggu.
    Lebih 6,000 ATM/CDM mesin yang boleh diakses.

Transaksi Elektronik

Kini Perkhidmatan TH boleh diakses melalui :

Panduan Perkhidmatan Tabung Haji di Maybank

Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah:
ATM
1. Pengeluaran wang tunai daripada akaun Tabung Haji*
2. Pindahan wang*
    - Daripada akaun Maybank ke akaun Tabung Haji (sendiri atau pihak ketiga)
    - Daripada akaun Tabung Haji ke akaun Maybank (sendiri atau pihak ketiga)
    - Daripada akaun Tabung Haji ke akaun Tabung Haji (pihak ketiga)
    - Daripada akaun Tabung Haji ke akaun Tabung Haji Amanah (sendiri)
3. Pertanyaan baki
4. Pendaftaran haji
5. Pendaftaran akaun Tabung Haji (sendiri atau amanah) dengan kad ATM Maybank

CDM
1. Deposit*
2. Pertanyaan baki
3. Pendaftaran haji (dengan kad ATM)

* Caj perkhidmatan RM1.00 akan dikenakan untuk setiap transaksi pengeluaran wang, pindahan wang atau deposit. Tiada caj dikenakan untuk lain-lain transaksi.

Langkah-langkah untuk:
Pendaftaran akaun Tabung Haji dengan kad ATM Maybank
1. Masukkankad ATM Maybank
2. Pilih 'TABUNG HAJI'
3. Pilih 'PENDAFTARAN AKAUN TABUNG HAJI'
4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji. Tekan 'YA' untuk skrin seterusnya
5. Masukkan nombor siri buku simpanan Tabung Haji 
6. Tekan 'YA' untuk pengesahan
7. Sebaik saja selesai transaksi, sistem akan mengeluarkan slip transaksi ATM

Pengeluaran wang melalui ATM
1. Masukkan kad ATM Maybank
2. Pilih 'TABUNG HAJI'
3. Pilih 'PENGELUARAN WANG'
4. Masukkan jumlah pengeluaran (RM)
5. Skrin akan memaparkan akaun-akaun yang didaftar dan pilih akaun yang akan didebitkan
6. Wang akan dikeluarkan
7. Sebaik saja selesai pengeluaran, sistem akan mengeluarkan slip transaksi ATM

Pendaftaran Haji dengan kad ATM Maybank
1. Masukkan kad ATM Maybank
2. Pilih 'TABUNG HAJI'
3. Pilih 'PENDAFTARAN HAJI'
4. Syarat umum akan dipaparkan di skrin ATM
5. Tekan 'YA' untuk langkah seterusnya
6. Sebaik saja selesai transaksi, sistem akan mengeluarkan slip transaksi ATM

Deposit tunai melalui CDM
1. Pilih 'DEPOSIT TUNAI TABUNG HAJI'
2. Masukkan nombor akaun Tabung Haji
3. Masukkan wang
4. Pilih 'YA' untuk mengesahkan jumlah deposit
5. Sebaik sahaja selesai transaksi, sistem akan mengeluarkan slip transaksi CDM


Terima Kasih Sudi Singgah

KADAR DIVIDEN DAN BONUS TABUNG HAJI TAHUN 2014

bERAPA SIMPANAN ANDA...

Jom kita kira berapa bonus kita tahun ni..Anda menyimpan di dalam ASB atau Buku Akau Simpanan Tabung Haji(TH)? Pada pendapat anda mana lagi bagus?Menyimpan di dalam ASB atau TH?
Pada tahun lepas iaitu 2012, TH telah memberikan 6.5% bonus tahunan dan 1.5% bonus khas kepada pendeposit mereka. Walaupun tak sebesar jumlah anda boleh dapat jika simpan di dalam ASB, tetapi TH ada kelebihan tersendiri yang mampu menyaingi ASB...nampak gaya nya tahun depan kena tranfer semua simpanan ASB aku ker Akaun Tabung Haji.......+- pada pandangan aku TH lagi menguntungkan..itu kiraan aku lerrr..terpulang pada pandangan masing2...kerana dalam ASB aku kena kuarkan 2.5% zakat simpanan drp pendapatan itu...korang congak ler sendiri..

Berikut adalah 7 kelebihan dan faedah menyimpan di Tabung Haji yang anda patut tahu sebelum menyimpan di dalam Tabung Haji:
7 Kelebihan Dan Faedah Menyimpan Di Dalam Tabung Haji
7 Kelebihan Dan Faedah Menyimpan Di Dalam Tabung Haji

Menarik bukan? Yang pasti, tak perlu pening kepala pasal zakat dancukai sebab TH akan uruskan untuk anda :)
Dividen dan bonus Tabung Haji pada kewangan akhir tahun 2013 akan dibayar mulai tahun 2014. Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus enam peratus dan tambahan bonus haji sebanyak dua peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

TAbung-haji
Kadar bonus tahun Tabung Haji sebanyak enam peratus itu kompetitif iaitu tiga mata lebih tinggi daripada kadar pulangan akaun deposit tetap perbankan Islam dan konvensional. Tabung Haji turut mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan dan pemberian bonus haji menunjukkan keiltiziman Tabung Haji dalam menjaga kebajikan para pendeposit

Fakta Pendapatan Tabung Haji 2013
  • Pendapatan keseluruhan Tabung Haji bagi tahun 2013 berjumlah RM3.7 bilion atau peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding RM2.8 bilion pada 2012.
  • Keuntungan bersih selepas zakat berjumlah RM2.6 bilion pada 2013 berbanding RM2.1 bilion pada 2012.
  • Tabung Haji mempunyai 8.3 juta pendeposit dan 7.7 juta daripada mereka belum menunaikan haji.
  • Majoriti akaun pendeposit (7.2 juta) tersebut mempunyai baki purata minimum kurang daripada bayaran haji sebanyak RM9,980.

............MANAKALA......

Dividen ASB 2013/2014 adala7.7% dan bonus pulak adalah 1%.. nampaknya anggaran aku yang dividen akan naik adalah salah.. turun la pulak.. jika dibandingkan dengan dividen asb 2012/2013 adalah 7.75% dan bonus adalah 1.15%..


Buatlah keputusan yang Terbaik Untuk Pelaburan Anda


Inline image 1


Terima Kasih Sudi Singgah