July 13, 2010

JoM TrY.!!!!!!!!!!!!

Resepi Pencuci Mulut

Posted on April 23rd, 2007 by seri.
Categories: Uncategorized.

       AGAR2 CENDOL

 Bahan2nya:
1 peket agar2 20gm
2 cawan cendol
3 senduk gula pasir
4 sb gula merah
1 cawan santan pekat dari 1/2 biji kelapa
1 cawan susu cair
3 cawan air
sehelai daun pandan
 Cara Membuatnya:
1.        Agar2 dimasak dengan 3 cawan air hingga hancur.
2.       Masukkan gula putih biar hancur masukkan pula gula merah yang dibancuh dulu dengan sedikit air panas pastu tapis masuk dalam agar2.
3.       Masukkan daun pandan, gunakan api yang kecil bila agar2 dah mendidih, masukkan pula santan dan susu cair, didih sekejap tutupkan api.
4.       Masukkan cendol, kacau rata dan tuang dalam acuan, kalau masuk cendol semasa agar2 tengah mendidih nanti warna cendol jadi tak cantik.

    AGAR-AGAR TAIK MINYAK

From: Suhaiza Muhammad Sujari suha...@malayancement.com.my
1 pek agar-agar
½ cawan gula halus
½ pek gula batu
½ tin susu cair
1 kati gula merah
1 biji kelapa diambil santannya
4 biji telur ayam dipukul sehingga kembang
1 sudu teh esen vanila
2 helai daun pandan jika suka
 Cara-caranya
1.        Masak agar-agar bersama gula batu, gula halus dan daun pandan.  Masak sehingga cair dan tapiskan. sementara itu..
2.       Masak gula merah sehingga cair dan ditapis lalu dicampurkan dengan susu cair, telur yang telah dipukul dan tak lupa juga santan.
3.       Campur agar-agar yang telah siap ditapis bersama dengan dengan canpuran yang kedua tadi
4.       Masak agar2 nie sehingga ia membentuk seperti taik minyak.  Tapi agar2 nie jangan dikacau sampai ia menjadie seperti taik minyak keseluruhannya.
5.       Lepas tu boleh lah dituang didalam bekas, tunggu ia sejuk dan boleh lah dimakan….
  

      AIR JAGUNG

From: Khalida Asri (K.L.) Khal...@saipem.com.my
1 tin creamer jagung
1 tin susu sejat
gula ikut rasa
garam secubit
1.        cara; campur kesemua bahan ke dalam jug atau mangkuk punch
2.       susu guna ½ tin saja, gula di bancuh dengan air baru di campurkan garam.  kacau dan taruh ais…
3.       kalau nak cun lagi taruh ice cream soda dalam se cawan.  kalau nak meriah, taruh pewarna kuning sikit.  Pandai-pandai lah nak menambah nak bagi penyeri…tapi yang basicnya…macam tu lah….
  
CENDUL PULUT KODIANG
From: Salina Sal...@smlawpub.com.my
 Bahan A
1 cwn tepung beras
2 sudu tepung gandum
sedikit tepung jagung
air daun pandan
air kapur
 Bahan B
Santan
Gula merah
Gula Pasir
Pulut yang telah dikukus/dimasak
 cara membuatnya
1.        Bancuh tepung beras + gandum + jagung beserta air daun pandan dan sedikit air kapur makan. Agak-agak bancuhan tidak terlalu cair dan terlalu pekat.  Letak bancuhan tadi di atas api dan kacau sehingga nampak berkilat.  Kemudian lenyekkan ia dalam bekas berlubang-lubang yang ditadah di bawahnya bekas yang mengandungi air yang banyak.
2.       Masakan gula merah dan pasir yang dicampur air sehingga gula cair.
3.       Untuk hidangan campurkan cendul, pulut, santan kelapa (susu segar), air gula…
  

     BUBUR CACA

Utk isinya :
Tepung gandum
Air + sedikit kapur (utk mengentalkan adunan)
1.        Masukkan tepung, campurkan air dan air yg mengandungi kapur. Gaulkan sehingga sebati. Adunan jangan keras.  Macam buat cucur aje. Dan jgn lembek sangat nanti melekat2 .
2.       Sediakan bekas yg b’lubang macam utk buat cendul/sudukan aje sikit2 ke dalam adunan kuah di atas dapur.
Utk kuah :
3 cawan santan
gula melaka/gula kabung/nisan kerek
gula pasir (ikut kemanisannya)
secubit garam
daun pandan
 Cara buat kuah :
1.        Masukkan santan, gula melaka, gula dan secubit garam dan daun pandan.
2.       Masakan hingga mendidih.  Sentiasa dikacau agar tidak naik kepala. 
Sambil tu (jgn tutupkan api tapi biarkan api perlahan), masukkan adunan tepung yg dibancuh tadi dlm acuan cendul, titiskan ke dalam kuah yg tengah mendidih di atas dapur. 

1.Bergedil Roti

Bahan-bahannya

1.5 biji ubi kentang
1 cawan tepung gandum (ikut suka)
¾ daging cincang
daun saderi
¾ bawang nesar
1 keping roti kosong (ikut suka)
Minyak masak

Bahan untuk sos:
Bawang putih
Sedikit cuka
Lada merah

Caranya
  • Rebus ubi kentang jangan terlalu lembik
  • Daun saderi,bawang besar dicincang halus
  • Roti disoyat supaya menjadi halus
  • Setelah ubi kentang separuh masak, ubi tersebut hendaklah dilenyekkan kemudian gaul bersama tepung gandum tadi
  • Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dicincang halus tadi
  • Seterusnya masukkan roti yang telah disoyat halus tadi
  • Kemudian gaul hingga rata.Bentukkan bulat dan goreng menggunakan minyak banyak dan panas
Untuk sos:
Bawang putih dan lada merah dikisar halus
Gaulkan lada dan bawang tersebut hingga rata kemudian masukkan sedikit cuka
.


2. Jelly Kopi
Bahan-bahannya
400 gm agar-agar (dimasak bersama air)
1 biji kelapa (ambil santannya)
5 sudu tepung jagung
4 sudu Nescafe
2 sudu tepung beras
garam
gula

caranya



  • Agar-agar tersebut di bahagikan dua. Separuh dimasak bersama gula dan nescafe.
  • Kemudian tuangkan ke dalam loyang.
  • Manakala separuh lagi dimasak dengan santan, teping jagung, tepung beras dan garam.
  • Kemudian tuangkan agar-agar yang pertama tadi.

3. Pai Epal dengan Aiskrim
Bahan-bahannya
225 gm gula perang
45 gm tepung gandum
30 gm mentega
1 sudu teh perahan lemon
¼ sudu teh serbuk kayu manis
Secubit serbuk pala
5 biji epal (kupas kulit dan hiris nipis)
Aiskrim vanilla
Bahan-bahan doh:
150 gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
45 gm mentega
175 ml susu

caranya
  • Dalam periuk yang sederhana besar, masak 250 ml air bersama gula perang hingga pekat. Sejukkan.
  • Masukkan mentega, perahan lemon, serbuk kayu manis dan buah pala ke dalam air gula tadi untuk dijadikan sos.
  • Sementara itu susun hirisan epal ke dlaam dulang pembakar berukuran 12 x 8 cm. Curahkan sos ke atasnya. Panaskan ketuhar pada kepanasan 190C.
  • Untuk membuat doh, ayak tepung dan serbuk penaik. Gaul tepung dengan mentega hingga menjadi serbuk roti. Campur susu ke dalam adunan.
  • Uli hingga mendapat adunan lembut tetapi tidak lembik. Dengan menggunakan senduk, lapiskan adunan ke atas epal yang telah disusun.
  • Bakar selama 40 minit. Bahagian atas sepatutnya berwarna perang.
  • Hidangkan dengan aiskrim sebagai hidangan pencuci mulut, minum pagi atau petang.





 4. Puding Koktel Berkuah
Bahan-bahannya
BAHAN2 UNTUK PUDING:
1 paket agar-agar
4 cawan air
2-3 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
5 sudu besar gula (jika suka manis, boleh ditambah lebih gula)
Daun pandan
BAHAN2 UNTUK KUAH KOKTEL:
1 tin susu cair
1 tin koktel
½ tin air
2-3 sudu besar tepung kastard
Gula (Anggaran manis)
sedikit garam
Daun pandan
caranya
CARA MEMBUAT PUDING:

  • Masak agar2 dengan air hingga larut.
  • Masukkan gula & daun pandan.Bancuhkan tepung kastard dengan susu cair hingga larut & masukan kedalam agar2 tadi.
  • Kacau perlahan2 supaya tidak berkerak & biarkan mendidih. Angkat & tuangkan kedalam acuan kecil2. Biarkan sejuk & masukan kedalam peti sejuk.
CARA MEMBUAT KUAH KOKTEL:

  • Masukan susu cair,air,gula,garam & daun pandan.Masak hingga gula larut.
  • Masukan tepung kastard yang telah dibancuh dengan susu cair & kacau rata.
  • Setelah mendidih masukan koktel bersama sirapnya kedalam kuah tadi. Masak hingga agak pekat. Biarkan sejuk.

5. Pengat Labu
Bahan-bahannya
1 biji labu kuning
1 ½ cawan santan, daripada 2 biji kelapa
1 ½ cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1 cawan air
caranya

  • Labu dipotong kecil-kecil. Rebus bersama air hingga empuk. Kemudian masukkan gula. Kacau rata.
  • Apabila gula larut masukkan santan dan daun pandan. Kacau sebati. Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.

 6. Panc Buah-buahan Tropikal
Bahan-bahannya
½ cawan perahan mangga
½ cawan peraha jambu batu
½ cawan perahan belimbing
½ cawan perahan nanas
½ cawan perahan tembikai
½ cawan siraop gula batu
1 cawan isi tenmbikai
1 cawan nanas (dipotong dadu)
1 biji mangga (dipotong dadu)
1 biji belimbing (dipotong dadu)
caranya

  • Campur semua bahan ke dalam mangkuk panc & kacau sebati. Simpan didalam peti sejuk & biarkan sejuk.
  • Jika hendak lebih sejuk, masukkan ketulan ais.

7. Sira Ubi Kayu
Bahan-bahannya
3 ketul ubi kayu
½ cawan gula pasir
½ cawan gula merah
2 helai daun pandan
Garam secukupnya
Air
caranya

  • Ubi kayu direbus hingga empuk. Angkat dan sejat.
  • Masukkan ubi rebus, gula merah, gula pasir dan daun pandan di dalam periuk. Masukkan air dan garam secukupnya.
  • Kacau sebati dan masak hingga mendidih.

8. Triffle
Bahan-bahannya
Sponge cake (potong ikut suka)
1 peket agar² (perasa ikut suka)
1 tin mixed fruit
Whipped cream
1 cawan custard
4 cawan air
2 sudu besar gula pasir
caranya
Untuk Custard

  • Campurkan tepung custard dan air.
  • Masak atas api perlahan²
  • Masukkan gula
  • Masak sehigga custard agak pekat
Untuk Agar-agar

  • Campurkan sepeket agar² dengan air yg panas.
  • Susun kek yg dah dipotong dalam mangkuk
  • renjiskan sedikit dengan air buah dalam tin
  • Tuangkan custard yang dah siap dimasak atas kek (ikut selera nak berapa banyak)
  • Bila custard dah hampir set, tuang agar² di atas custard
  • Last sekali, pancitkan whipped cream atas agar²
  • Kemudian, sumbat dalam peti sejuk.

9. Suji
Bahan-bahannya
1 cawan tepung suji(semolina)
1 tin susu cair
200g gula(1 cawan)
Minyak sapi 1 sudu kecil
Daun pandan 3 helai
Buah pelaga 2 atau 3,kayu manis 1 ibujari atau kurang
Air 3 ½ tin susu cair
Pewarna kuning ½ sudu kecil atau kurang sikit
Air mawar 1 sudu kecil

caranya

  • Mendidihkan air 3 1/2 tin tadi. masukkan daun pandan,buah pelaga,kayu manis.
  • Bila sudah mendidih,wangi,angkat bahan tadi dan ketepikan(buang) kerana tidak digunakan lagi. Tuang warna kuning. Tuang gula,susu cair,kacau.
  • Tuang tepung suji sedikit demi sedikit sambil dikacau, sampai pekat sedikit. Api perlahan.
  • Tuang minyak sapi 1 sudu kecil dan air mawar sambil di gaul sebati untuk mengelakkan hangus.

 10. Choco Da Milk Shake
Bahan-bahannya
2 sudu besar Milo
2 sudu besar susu Grow (perasa Coklat)
½ gelas aiskrim vanilla
½ gelas air masak
caranya
Masukkan Milo dan susu Grow ke dalam bekas.Masukkan air masak dan kacau sehingga larut.
Kemudian, masukkan aiskrim vanilla kedalam bekas tersebut dan kacau sehingga larut.Dihidangkan serta merta.


Donut coklat
 


bahan²

500 gm tepung gandum (utk buat roti)
10 gm serbuk koko
100 gm gula kastor
sedikit garam
25 gm yis kering
2 biji kuning telur
5 gm serbuk penaik
25 gm serbuk susu
250 gm air sejuk
50 gm mentega
minyak utk menggoreng
sedikit coklat masakan utk hiasan

cara

1. campur semua bahan bersama kecuali air dan garam

2. gaul semua bahan perlahan dengan memasukkan air dan sedikit garam. uli perlahan sehingga doh licin dan kenyal. tutup doh dengan kain basah atau plastik dan biarkan lebih kurang 30 minit ikut suhu bilik.

3. setelah kembang, tepuk doh utk buang angin, kemudian canaikan doh mengikut kesukaan anda.

4. bentukkan acuan donut. rehatkan selama 10 minit atau lebih asalkan kembang gebu.

5. goreng dlm minyak yg banyak

6. setelah sejuk hiaskan dgn coklat masakan.

ROTI SOSEJ
ni resepi roti (resepi kak hanieliza

Bahan Roti [digaulkan rata]
1 kg tepung gandum
2 paket yeast..mauripan
200 gm gula kastor/halus
4 s/b susu tepung
Secubit garam

2 biji telur
500ml air suam
3 s/b susu pekat
3 s/b shortening
3 s/b butter
30 biji sosej [rebus dan toskan]

Bahan Glaze/Kilat
3 biji kuning telur……………..)
3 s/b susu segar……………….) Kacau rata

Sedikit bijan yang telah di goreng tanpa minyak

CARA MEMBUAT ROTI:
1. Masukkan semua kedalam adunan tepung dan uli dengan rata selama 30 minit.
2. Tutup adunan dengan kain bersih yang lembab.
3. Biar dalam suhu bilik sehingga adunan naik 2 x ganda. (anggaran 30 – 45 minit)
4. Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angina keluar.
5. Ambil adunan sedikit dan bulatkan, kemudian digelek supaya menjadi panjang (macam kopok lekor) dan lilitkan dikeliling sosej.
6. Sapukan dengan bahan glaze dan taburkan sedikit bijan.
7. Biarkan adunan ini naik semula (15 – 20 minit ).
8. Bakar dalam suhu 200 C sehingga masak keemasan (20 – 25 minit)




Bun SoSej Berpintal







Bahan-bahan :

400 g tepung roti (strong white bread flour)
1 1/2 sudu kecil yis kering segera
1 sudu kecil garam (paras rata)
1 sudu besar gula castor
3 sudu besar minyak masak
250 ml air suam (warm)
10 batang sosej ayam
sedikit sayur campur
sedikit sos tomato
sedikit mayonis
1 biji telur } dipukul sedikit-utk sapuan

Cara membuat:

Campurkan tepung, yis, garam, gula kedlm mangkuk besar.
Buat lubang di tengah2nya, tuangkan minyak dan air.
Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut, jika adunan terlalu kering tambahkan 2-3 sudu kecil air lagi mengikut keadaan
Uli selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan elastic.
Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film.
Letak ditempat yg suam selama 1 ½ - 2 jam atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda
Potong doh kpd beberapa bahagian dimana setiap bahagian seberat 50 g
Taburkan sedikit tepung ditempat mencanai kemudian canaikan setiap bahagian doh menjadi btk segiempat (lebar mesti sama dgn panjang sosej)
Letak sosej diatasnya kemudian gulung
Potong kpd beberapa bahagian yg sama besar tapi jgn putus
Twistkan setiap bahagian potongan ke kiri dan kanan berselang seli (spt gambar diatas)
Letakkan di atas dulang yg telah disapu minyak
Ulang kesemua doh hingga habis
Tutup dulang tersebut dgn cling film, biarkan doh tersbt naik sekali ganda
Selepas itu taburkan sayur campur di atas roti sehingga sekata
Panaskan oven pd suhu 200'’C, bakar selama 10 minit kemudian keluarkan dr oven, sapu atas/tepi roti dgn dgn kuning telur kemudian masuk balik ke dlm oven bakar semula selama 10-15 minit atau sehingga keperangan
Apabila masak, paipkan sos tomato atau sos cili jika suka dan mayonis diatasnya
Enak dimakan semasa panas..kanak2 pasti suka  


Terima Kasih Sudi Singgah

Post a Comment