December 14, 2010

MeNyAmBuT UlAnG tAhUn

14 DECEMBER 2010. Usia aku meningkat. Kalau 30 adalah pintu gerbang ke alam kedewasaan menuju senja usia, maka usia aku hari ini bertambah lagi satu angka mengayuh arus kehidupan menuju destinasi yang aku sendiri kurang pasti mana hujungnya.

Aku ucapkan Selamat Hari Lahir kepada diri aku sendiri. Rasa sebentar sahaja masa berlalu. Masih aku ingat diri-diri aku yang lama tanpa melupakan mereka walau sekejap pun.

Dan Allah mengurniakan aku perjalanan hari lahir yang terindah pernah aku lalui sepanjang hidup ini.

Pastinya, 14 December 2010 takkan aku lupa sampai bila-bila.

Rakan sepejabat meraikan hari istimewa aku ini...walau agak sederhana namun aku amat menghargai..Terima kasih teman2...I


love u so much...

Paling syahdu aku rasakan bila dipagi hari meniti tanggal 14 December berdering telefon dan disitu terdengar nyanyian 'Selamat hari jadi'...Terima kasih kerana mengingati tanggal bertuah aku itu. Dan aku meniti hari ini dengan hapi sekali....

Puluhan ucapan memenuhi wall facebook sku. Tidak kurang juga yang menghantarkan ucapan dengan mesej terus ke inbox facebook aku.

Ramai. Menyebabkan aku amat terharu. aku berusaha menjawab satu persatu.

Antara yang menghantar ucapan adalah teman2 yang masih setia mengingati aku waktu sekolah dulu, sahabat yang saya cintai. Tidak dilupakan juga rakan se office sekarang, sahabat yang rapat dengan aku dan banyak bersama semasa dahulu. Dan kebanyakannya adalah teman-teman fb aku.

MasyaAllah, rasa diri ini mempunyai keluarga yang sangat besar dan ramai.

Semoga semuanya diredhai Allah SWT.

Semoga rantaian keimananlah yang menghubungkan kita semua.

Saya ucapkan terima kasih atas doa-doanya.

Semoga, yang mendoakan, akan diredhai dan dirahmati Allah lebih dari yang didoakan.

Amiiin…


Terima Kasih Sudi Singgah

Post a Comment