bERAPA SIMPANAN ANDA...
Jom kita kira berapa bonus kita tahun ni..Anda menyimpan di dalam ASB atau Buku Akau Simpanan Tabung Haji(TH)? Pada pendapat anda mana lagi bagus?Menyimpan di dalam ASB atau TH?
Pada tahun lepas iaitu 2012, TH telah memberikan 6.5% bonus tahunan dan 1.5% bonus khas kepada pendeposit mereka. Walaupun tak sebesar jumlah anda boleh dapat jika simpan di dalam ASB, tetapi TH ada kelebihan tersendiri yang mampu menyaingi ASB...nampak gaya nya tahun depan kena tranfer semua simpanan ASB aku ker Akaun Tabung Haji.......+- pada pandangan aku TH lagi menguntungkan..itu kiraan aku lerrr..terpulang pada pandangan masing2...kerana dalam ASB aku kena kuarkan 2.5% zakat simpanan drp pendapatan itu...korang congak ler sendiri..
Berikut adalah 7 kelebihan dan faedah menyimpan di Tabung Haji yang anda patut tahu sebelum menyimpan di dalam Tabung Haji:
Menarik bukan? Yang pasti, tak perlu pening kepala pasal zakat dancukai sebab TH akan uruskan untuk anda
Dividen dan bonus Tabung Haji pada kewangan akhir tahun 2013 akan dibayar mulai tahun 2014. Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus enam peratus dan tambahan bonus haji sebanyak dua peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.
Kadar bonus tahun Tabung Haji sebanyak enam peratus itu kompetitif iaitu tiga mata lebih tinggi daripada kadar pulangan akaun deposit tetap perbankan Islam dan konvensional. Tabung Haji turut mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan dan pemberian bonus haji menunjukkan keiltiziman Tabung Haji dalam menjaga kebajikan para pendeposit
Fakta Pendapatan Tabung Haji 2013
- Pendapatan keseluruhan Tabung Haji bagi tahun 2013 berjumlah RM3.7 bilion atau peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding RM2.8 bilion pada 2012.
- Keuntungan bersih selepas zakat berjumlah RM2.6 bilion pada 2013 berbanding RM2.1 bilion pada 2012.
- Tabung Haji mempunyai 8.3 juta pendeposit dan 7.7 juta daripada mereka belum menunaikan haji.
- Majoriti akaun pendeposit (7.2 juta) tersebut mempunyai baki purata minimum kurang daripada bayaran haji sebanyak RM9,980.
............MANAKALA......
Dividen ASB 2013/2014 adalah 7.7% dan bonus pulak adalah 1%.. nampaknya anggaran aku yang dividen akan naik adalah salah.. turun la pulak.. jika dibandingkan dengan dividen asb 2012/2013 adalah 7.75% dan bonus adalah 1.15%..
Buatlah keputusan yang Terbaik Untuk Pelaburan Anda
Post a Comment