Cinta memang indah andai difahami sepenuhnya. Orang yang dicintai tidak semestinya hadir di depan mata kerana cinta terletak di dalam hati sanubari. Ramai pengkaji cinta mengkategorikan Cinta melalui pelbagai nama seumpama cinta monyet, cinta buta, cinta dunia dan lain-lain lagi.
Tidak salah untuk diketahui kesemuanya asal sahaja perjalanan kehidupan sentiasa mengarah kepada NYA. Pedulikan orang lain kata, kerana Tuhan Pencipta Alam sememangnya mengetahui segala-galanya. Hatta yang tersembunyi di dalam hati sanubari, DIA pasti mengetahuinya.
Itulah istimewanya kuasa Tuhan Yang Maha Esa melangkaui segala-galanya. Sampai bisikan hati manusia, DIA masih berupaya mengetahuinya.
Hari ni terasa macam ingin menulis sesuatu yang ligat bermain disekitar minda aku..mengimbas kembali kenangan silam dalam mencari damai dihati...kenangan silam mampu untuk mengubati hati yang sedang duka lara. Memejamkan mata mengimbas kenangan silam zaman2 remaja dulu...
Kekadang kenangan itu terlalu indah untuk dikenang...sekadar mengisi time2 sepi apabila bersendirian, mengenangkan zaman persekolahan sewaktu masih kebudak-budakan dengan perwatakan keanak-anakan melalui cinta monyet yang masa tu masih malu-malu...ohhhh memang indah...kini hanyalah tinggal kenangan dan biarlah ianya berlalu...walaupun ia dulu pahit untuk ditelan tp manis untuk dikenang...sampai boleh tersenyum sendiri..melalui saat dilamun cinta, berpisah dan bertemu kembali...
Namun ia hanyalah kenangan, apakan daya ia telah berlalu...dimana agaknya insan-insan yang pernah melayari bahtera cinta itu dulu...mugkin kini sedang bahagia bersama isteri dan anak2 masing melayari cinta yang sejati, berjanji sehidup semati, bersama hingga hujung nyawa dan bahagia ke akhir hayat Insya Allah..
Rindu aku pada kawan-kawan satu sekolah dulu...cuba ku jejaki tp tidak ku ketemui... insan-insan inilah yang pernah memeriahkan hidup aku dulu, bergelak ketawa bersama-sama.
April 23, 2010
Biarkan ianya berlalu
Dicatat oleh Unknown di 9:20 PM
Label: Kenangan Cinta
Post a Comment