April 7, 2010

Jangan Mencari Terlalu Sempurna



Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN
ia semula kedalam air begitusahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masihhidup……
Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masihmengingati kamu……
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begituteguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK
….tidak sukar untuk kamu menampal danmemperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang….
TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begituistimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN
…. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA
dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan
MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak , nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak bolehmenikmatinya lagi…Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU ….
MENGASIHIMU ….dan
MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak , dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabiladia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL
dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
kerana iabukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna , sedangkan jikakita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA
sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR
dengan yang apakita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA , BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA!
“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti , namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”


Terima Kasih Sudi Singgah

Post a Comment